About

Jom Jadi Kawan!!

Sunday 8 July 2012

Siang Ku Kegelapan

sekadar hiasan

"Ayu, abang baru balik kerja ni....." lembut suara Fakrul menyapa isterinya.

Ayu yang ketika itu sedang memasak di dapur menyahut panggilan suaminya yang baru pulang dari kerja.

"Ya abang...Ayu dekat dapur ni....." balas Ayu kepada Fakrul.

Fakrul bekerja sebagai kakitangan di Pejabat Pendaftaran manakala isterinya pula suri rumah sepenuh masa walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi dalam akademik. Usia perkahwinan mereka baru saja berusia mencecah dua bulan.

"Ayu masak apa hari ni....?" soal Fakrul kepada isterinya.

"Abang cuba teka Ayu masak apa...Hehehe..?" Ayu menyoal Fakrul semula untuk mengusik suaminya itu.

"Abang tau Ayu masak asam pedas kan...?" balas Fakrul sambil mencubit pipi Ayu yang gebu.

Ayu sebenarnya tahu makanan kegemaran Fakrul adalah asam pedas, jadi dia telah menyiapkan hidangan asam pedas untuk suaminya itu.

Mereka pun menjamu selera bersama, banyak yang mereka bualkan hingga tak sedar lauk telah pun habis dijamah oleh mereka. Begitulah kehidupan sepasang suami isteri ini, walaupun Fakrul tidak berjawatan dalam pekerjaan tetapi dia mempuyai isteri yang baik dan pandai memasak. Itu sudah cukup untuk seorang lelaki.

Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]

19 comments:

  1. InsyaAllah.... semoga ditemukan dengan wanita sebegini.. amin

    ReplyDelete
  2. sejuk ati kalo dapat istri mcam ni :)

    ReplyDelete
  3. hm, pasangan zaman sekarang memang macam ni kot. baru dua bulan. tapi dalam tempoh setahun hingga lima tahun, tak pasti lagi macamana sebab ada banyak cabaran yang kita tak jangka. tahan ke tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak cabaran yang akan mereka hadapi kelak.

      Delete
  4. Semoga bertemu jodoh dengan wanita ini. amin

    ReplyDelete
  5. ah. bestnye kalau akulah fakrul. mempunyai bini yang pandai masak dan pandai amik hati. kehehehehe.

    ReplyDelete
  6. (part mencubit pipi yang gebu tu xleh blah. haha)

    ReplyDelete
  7. tolonglah pilih shayeee..ahakz.. hihi

    ReplyDelete
  8. mahu jd wanita yg sebegitu, tolong doakan ye

    ReplyDelete
  9. akak bekerja, berniaga, surirumah (takde maid), blogger pulak tu! walau pun di hati mmg teringin jadi macam tu duduk rumah je ngadap keluarga sendiri, tapi semuanya dilakukan demi orng-orang kesayangan. Hidup di zaman ini banyak cabarannya tambah bila dah ada anak2.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Saya masih belajar, mana ada masa nak pikir kawen. :p

      Delete
  11. mudah2an diberi kesempatan utk mnjdi isteri yg solehah . amin :)

    ReplyDelete
  12. tu la.. mudah2anla dpt isteri nti solehah camtu ye akmal hadi.. hehe..

    errr ekceli aku berniat, kalo dah jadi isteri, aku sebolehnye taknak bekerje.. nak fokus jage rumah tangge + suami je.. kehkehkeh =P





    Luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  13. biar xcntik rupa, tp cntik budi pekerti n pndai jg perihal suami..

    ReplyDelete
  14. Salam Ramadhan dari awieomar.blogspot. dah lama follow sini. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Follow blog "Awie Omar" (bagi yang belum, harap sudi follow) dan komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Ganjaran wang tunai akan diberikan kepada johan. Harap sudi la sertai :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...