About

Jom Jadi Kawan!!

Monday 9 July 2012

Siang Ku Kegelapan (2)

Perkahwinan mereka sudah menjangkau usia dua setengah tahun, namun segala-galanya masih sama seperti biasa. Hidup mereka masih bahagia tatkala pada ketika itu negara mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk. Banyak syarikat-syarikat besar gulung tikar, kakitangan kerajaan juga terpaksa dikurangkan.

Fakrul juga terkena tempias akibat kemerosotan ekonomi sehingga dia dan beberapa pekerja lain terpaksa diberhentikan kerja.

Kehidupan Fakrul dan Ayu pada ketika itu masih seperti biasa. Walaupun Fakrul sudah tidak lagi berkerja, duit simpanannya masih mampu menampung perbelanjaan mereka berdua.

"Bila abang nak cari kerja baru...? Duit simpanan kita pun dah nak habis.." Ayu melontarkan soalan itu setelah membelek-belek buku simpanan Maybank mereka.

Fakrul tidak mahu menjawab soalan itu kerana dia sedar mereka tidak mampu untuk terus bergantung hidup kepada wang simpanan mereka. Bagi menenangkan isterinya yang dalam kerisauan, dia telah berjanji kepada isterinya untuk mencari kerja.

"Ayu jangan risau ya, abang akan pastikan dalam minggu ni juga abang akan dapat kerja.." Fakrul memberi keyakinan kepada isterinya itu.

Fakrul sendiri tidak pasti sama ada janji itu dapat ditunaikan atau tidak dalam keadaan ekonomi yang sedang merosot ini. Namun, dia harus berusaha agar kehidupannya kembali stabil seperti permulaan perkawhinannya bersama Ayu.

sekadar hiasan


Tuhan saja yang tahu~~~~


Sunday 8 July 2012

Siang Ku Kegelapan

sekadar hiasan

"Ayu, abang baru balik kerja ni....." lembut suara Fakrul menyapa isterinya.

Ayu yang ketika itu sedang memasak di dapur menyahut panggilan suaminya yang baru pulang dari kerja.

"Ya abang...Ayu dekat dapur ni....." balas Ayu kepada Fakrul.

Fakrul bekerja sebagai kakitangan di Pejabat Pendaftaran manakala isterinya pula suri rumah sepenuh masa walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi dalam akademik. Usia perkahwinan mereka baru saja berusia mencecah dua bulan.

"Ayu masak apa hari ni....?" soal Fakrul kepada isterinya.

"Abang cuba teka Ayu masak apa...Hehehe..?" Ayu menyoal Fakrul semula untuk mengusik suaminya itu.

"Abang tau Ayu masak asam pedas kan...?" balas Fakrul sambil mencubit pipi Ayu yang gebu.

Ayu sebenarnya tahu makanan kegemaran Fakrul adalah asam pedas, jadi dia telah menyiapkan hidangan asam pedas untuk suaminya itu.

Mereka pun menjamu selera bersama, banyak yang mereka bualkan hingga tak sedar lauk telah pun habis dijamah oleh mereka. Begitulah kehidupan sepasang suami isteri ini, walaupun Fakrul tidak berjawatan dalam pekerjaan tetapi dia mempuyai isteri yang baik dan pandai memasak. Itu sudah cukup untuk seorang lelaki.

Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]

Saturday 7 July 2012

Misteri Lorong Gelap

Masih terbayang di fikiran Yus (bukan nama sebenar) wajah perempuan tua itu. Entah dari mana muncul wanita tua itu tidak dapat pastikan tetapi daripada lenggok bahasanya dia berketurunan jawa. Mungkin dia orang jawa yang baru menetap di kampungnya. Itulah telahan Yus ketika pertama kali terserempak dengan wanita tua itu di lorong gelap.

Lorong ini merupakan jalan pintas yang sering digunakan oleh orang-orang kampung menuju ke kedai runcit Pak Mael. Kiri dan kanan lorong ini dipenuhi dengan rimbunan semak yang tidak diurus. Yus tiada pilihan lain untuk ke kedai Pak Mael. 



Yus mengayuh basikal tua zaman Jepun milik ayahnya, perasaannya ketika itu seperti biasa. Yus seorang yang berhati kental dan berani tetapi amat takut kepada cicak. Geli barangkali.

"Lauk ku dah cukup, cukup masin..lauk ku cukup masin...." selamber Yus menyanyikan lagu itu bagi menghiburkan hatinya.

Bunyi cengkerik dan katak ONG tidak putus-putus membuatkan perjalanan Yus ketika itu tidak menjadi sunyi dek keheningan malam.

"Yus......" tiba-tiba Yus terdengar namanya dipanggil perlahan.

Yus memberhentikan kayuhannya di tengah-tengah lorong gelap dan mencari arah bunyi suara yang memanggil namanya. 

Mata Yus terpandang tepat ke mata wanita tua disebalik rimbunan pokok hutan itu. Lalu wanita tua itu berkata "cucu, tolong kirimkan kain ini kepada ibu mu....." 



Yus menjadi kelu lidahnya, dia hanya menuruti permintaan wanita tua itu. Secara sekelip mata juga wanita tua itu telah pergi entah ke mana.

Itulah kali pertama dan terakhir Yus terjumpa wanita tua itu. Siapakah wanita tu itu? Kain apakah yang diterima oleh ibu Yus?

Misteri Lorong Gelap


Friday 6 July 2012

Kehidupan Sosial

Malam masih muda! Aku sebagai anak muda perlu melakukan aktiviti sosial bersama rakan-rakan, nanti dah tua mana ada masa nak bersosial. Nak jaga anak bini lagi.

Sebagai permulaan aktiviti sosial, aku bercadang untuk pergi ke Pusat Hiburan Keluarga. Kira-kira dua kilometer dari rumah aku.

"Lan, jom karOk." aku mesej kepada Alan.

Aku tak pasti di mana berasalnya perkataan Karaok! Mungkin boleh minta pencerahan.

Bermula lah malam sosial aku sebagai seorang sosialis.

Alan memilih untuk menyanyikan lagu bergenre rock keras, rock jiwang dan rock leleh. Aku maintain dengan genre soul dan jiwang karat.

Tapi perasaan aku tak menentu pada waktu itu, so aku pilih METAL sebagai pilihan. Belum pernah aku menyanyikan lagu METAL dalam sejarah aku berkecimpung dalam arena Karaoke RM1 satu lagu.

"Kau ambil lagu apa...?" soal Alan kepada aku.

Aku hanya melemparkan senyuman. Sengaja aku tidak mahu dia tahu bahawa aku memilih lagu genre Metal! Konon-konon nak buat suprise sebab aku berani ambil risiko menyanyi lagu Metal, tak main la lagu jiwang.


 Sampai giliran aku untuk menyanyi lagu tersebut. Micphone digenggam dengan gagahnya dan bersedia untuk menyanyi dengan penuh semangat Metal!


Sempat aku merenung kepada Alan dan mengangkat kening tanda bangga menyanyi lagu Metal.


Tunggu punya tunggu punya tunggu... lirik lagu masih tak keluar, aku sabar lagi. Bila sampai separuh lagu, kesabaran aku dah habis limit. 


Aku pergi ke kaunter dan berkata "Hoi, pasai apa lagu hampa pasang ni tak dak lirik? Macam mana aku nak menyanyi?" jerkah aku kuat dalam loghat utara. 


Keadaan sunyi seketika, semua mata memandang aku.


Alan tetiba datang dan berbisik kepada aku "Lagu kau pilih tu memang takde orang menyanyi, instrument semata-mata...." sayup suara Alan di telinga aku.

Aku terus belah dari Pusat Hiburan Keluarga tu.........

Bawah ni lagu yang aku try tu ha!!!Try la dengar...




Thursday 5 July 2012

Salah Faham

Malam yang dingin membuat aku tidak keruan seperti ada yang tidak kena. Entah mengapa perasaan sedang bercampur antara seronok, sedih, dan gelisah.

Aku pergi membancuh Nescafe 3 in 1 dengan harapan perasaan ini semua akan hilang. 

Tiba-tiba aku mendapat mesej daripada seorang rakan. Mesejnya berbunyi seperti ini.

"Adi, jom lepak Jusco tengok wayang lapan jam.. aku belanja...." 

Aku mulai konpius setelah membaca mesej itu. "Dah buang tebiat ke kawan aku sorang ni?" bisik aku dalam hati.

Aku pun membalas mesej member aku tu "Kau dah gila ke nak tengok wayang sampai lapan jam? Nak mampos!!!" 

Terus member aku senyap.......

Kemudian aku google, baru aku tau dia sebenarnya ajak aku tengok cerita 8Jam. Cis melepas!!!



Aku dan Durian (2)

"Krooohhhh..kroohhhhh..."

Sedang sedap aku tidur, tiba-tiba hidung ku dapat menangkap lintasan bau-bauan durian yang sungguh enak. Pada firasat aku ini mungkin Durian Musang King. 

"Ini tak boleh jadi!!" bentak aku seorang diri.

 Aku segera memandang ke langit di luar bilik untuk melihat sama ada cuaca baik atau tidak. Nampak gayanya keadaan cuaca mengizinkan aku untuk ke kebun durian.

Aku tanpa berfikir panjang terus ke dapur menjamah nasi sebarang dua untuk mengalas perut. 

"Arrkkkkk....Alhamdulillah." begitulah bunyi sendawa sebahagian manusia di bumi ini. 

Aku segera mencapai bag Adidas dan mengambil kunci kereta abah aku.

Kali ini aku tidak boleh tertipu lagi dengan hujan, mana tahu dalam perjalanan nanti hujan turun. Allah Maha Besar.

Enjin kereta telah dipanaskan.  

Selang beberapa minit kemudian.....

"Tukk!! Tukk!!!" cermin kereta di bahagian pemandu diketuk. Rupanya abah aku nak guna kereta. 

Terpaksa aku menelan air liur untuk merasa durian Musang King. Aku keluar dari kereta dengan perasaan sayu. Berjalan jalan naik ke rumah dan sambung tidur.

Wednesday 4 July 2012

Aku Telah Sampai ke Bulan

Jam telah menunjukkan tepat pukul 4 pagi. Aku masih belum dapat lelapkan mata mungkin akibat penangan Euro 2012. Sudah terbiasa dengan keadaan tidur lewat.

Dari luar bilik terpancar cahaya bulan yang masuk dari celahan langsir. Aku terus merenung ke arah bulan yang terang itu melalui celahan langsir.

"Apa agaknya orang bulan sedang buat sekarang?" soalku di dalam hati.

Tiba-tiba keadaan mata aku menjadi kelabu seperti hendak pitam. Aku pejamkan mata untuk seketika dan terus menggosok mata dengan perlahan.

Apabila mata dibuka kembali, kelihatan dua bidadari yang sungguh cantik berserta seorang lelaki yang iras-iras Uncle Seekers.

"Siapa kamu semua?" soal aku yang agak terkejut.

"Kami bertiga datang daripada bulan, mari ikut kami bertiga naik ke bulan." ajak salah seorang bidadari itu.

Bidadari ini sungguh cantik raut wajahnya, mereka berseri-seri serta bercahaya dan ada iras-iras Neelofa dan Tasha Shila. Tetapi yang menghairankan aku, "Mengapa Uncle Seekers pun ada?" soal hati kecil ku.

"Ahh! pedulikan Uncle Seekers tu!!" balas hatiku juga.

"Bagaimana untuk naik ke bulan wahai bidadari yang cantik?" aku bertanya kepada bidadari tersebut.

Uncle Seekers menjawab soalan ku itu, "pejamkan mata mu wahai anak muda"

Lalu aku pejamkan mata dan tidak sabar-sabar untuk naik ke bulan. Akhirnya impian aku tercapai untuk ke bulan. Aku rakyat pertama Malaysia pergi ke bulan.

"Bangun!! Bangun!!" bentak abah ku mengejutkan aku untuk solat Subuh.

Kuang, kuang kuang......... Uncle Seekers, Neelofa dan Tasha Shila masuk dalam mimpi aku daaaa... 







Kad Diskaun Untuk Pelajar IPT

Salam,

Berita baik untuk pelajar IPT!



syukur Alhamdulillah.....

Tuesday 3 July 2012

Aku dan Durian

Baju telah ku lipat dan masukkan ke dalam beg Adidas yang dibeli di gerbang malam Ipoh. Aku berharap perjalanan kali ini membawa makna kepada diriku.

Aku telah merancang untuk pergi ke kebun durian di Tapah milik jiran sebelah rumah aku, mungkin jika ada rezeki aku mahu menyambut durian gugur. Belum ada yang mampu menyambut durian gugur. Aku orang yang pertama.

"Mak, tolong ambil helmet dalam bilik." aku meminta pertolongan mak sebab aku malas nak buka kasut yang telah disarungkan.

Aku berharap perjalanan kali ini indah bak pelangi selepas hujan.

Tiba-tiba.............

Hujan turun dengan lebatnya.

Aku mengambil keputusan untuk naik ke rumah, masuk ke bilik dan terus tidur.

Begitulah ceritanya durian aku.

p/s : tidur merupakan aktiviti paling lasak ketika hujan.






Aku dan Member ku

"Bangun!! Jangan sampai aku jerus air kat muka ko" gertak member aku dengan muka ganas.

Aku pun bangun sambil mengesat tahi mata yang masih melekat, lalu aku pandang ke muka member aku tu dengan perasaan tidak senang.

Dia membalas renungan sambil berkata.

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tidur negara mundur"

Selepas member aku melontarkan peribahasa itu, aku tanpa berfikir panjang terus tidur semula.

Begitulah ceritanya.

JOM LAWAT KE WEBSITE TERBARU


                                       


Malam yang sepi

Salam,

Kebosanan mula melanda diriku ini, jika sebelum ini malam-malam ku dihiasi dengan jeritan semangat dan gelak tawa, namun kini engkau pergi meninggalkan diri ini. Apa salah daku? Oh my malay so jiwang.

Bila malam-malam kita tidak lagi bersama, aku membaca kembali entry blog ini secara undur. Best jugak isi blog aku ni. Kalau Tun Mahathir baca mesti dia ambil salah satu artikel aku masuk dalam buku dia.

Kepada dirimu yang jauh di mata dekat di kaki.

Semoga kita berjumpa empat tahun lagi dan dapat lah kita bergembira bersama di setiap malam.











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...