About

Jom Jadi Kawan!!

Thursday, 5 July 2012

Aku dan Durian (2)

"Krooohhhh..kroohhhhh..."

Sedang sedap aku tidur, tiba-tiba hidung ku dapat menangkap lintasan bau-bauan durian yang sungguh enak. Pada firasat aku ini mungkin Durian Musang King. 

"Ini tak boleh jadi!!" bentak aku seorang diri.

 Aku segera memandang ke langit di luar bilik untuk melihat sama ada cuaca baik atau tidak. Nampak gayanya keadaan cuaca mengizinkan aku untuk ke kebun durian.

Aku tanpa berfikir panjang terus ke dapur menjamah nasi sebarang dua untuk mengalas perut. 

"Arrkkkkk....Alhamdulillah." begitulah bunyi sendawa sebahagian manusia di bumi ini. 

Aku segera mencapai bag Adidas dan mengambil kunci kereta abah aku.

Kali ini aku tidak boleh tertipu lagi dengan hujan, mana tahu dalam perjalanan nanti hujan turun. Allah Maha Besar.

Enjin kereta telah dipanaskan.  

Selang beberapa minit kemudian.....

"Tukk!! Tukk!!!" cermin kereta di bahagian pemandu diketuk. Rupanya abah aku nak guna kereta. 

Terpaksa aku menelan air liur untuk merasa durian Musang King. Aku keluar dari kereta dengan perasaan sayu. Berjalan jalan naik ke rumah dan sambung tidur.

8 comments:

  1. 1. bro, lain kali mintak la izin dulu. baru berkat orang kabor.

    2. durian yang orang asli jual kat jalan berliku cameron highland - tapah memang power!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..betul!!

      1.tapi abah gua balik bawak durian. kalau dah rezeki tidak kemana bro..

      2. penah try, mmg power bro..

      Delete
  2. hahahahhaa.. sabar2.. ni namanya dugaan hidup.heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..betul, lain kali boleh cari lagi..

      Delete
  3. bagus . kita sama-sama antu durian . lain kali kalo nk cari durian terus start enjin blah ,ini tidak,dijamah nye nasik dulu . kih3 .kan mkn masa tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..betul jugak..
      melepas la..haha

      Delete
  4. hehe.. smbung mkn durian dlm mimpi lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tak sedap la dalam mimpi..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...