About

Jom Jadi Kawan!!

Friday 16 December 2011

Mengapa isyarat lampu besar diberikan?





Salam,

Pernah tak korang tengah drive tetiba kereta di hadapan korang beri lampu besar kecik, besar kecik banyak kali? Mesti ramai yang dah lalui pengalaman ni tapi tak perlu risau, isyarat tu bukan bagi tahu ada hantu atas kereta korang.

Ada tiga kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya korang terjumpa pemandu yang berikan isyarat lampu ini.

Kemungkinan yang pertama adalah mungkin ada kemalangan di hadapan laluan korang, mungkin dalam jarak 500 meter di hadapan. Jadi korang perlu berhati-hati dan tidak memandu laju.

Kemungkinan yang kedua ada polis di hadapan laluan korang. Jika di hiway korang perlu perlahankan kenderaan korang, mana la tahu ada speed trap. Isyarat ini selalu di guna oleh pemandu lori bagi menyelamatkan rakan mereka daripada ditahan polis atau JPJ. Mungkin!

Kemungkinan ketiga adalah isyarat lampu tersebut bukan ditujukan kepada korang. Ianya ditujukan kepada kereta dihadapannya. Mungkin kereta itu terlalu perlahan dan berada di lorong paling kanan. Maksudnya "tepi la woi, aku nak cepat ni". Secara tidak langsung korang rasa pemandu itu memberi isyarat lampu kepada korang padahal ditujukan untuk orang hadapannya. Ini selalu terjadi di atas hiway apabila korang memandu kenderaan di lorang paling kanan dalam keadaan yang sungguh lemah lembut  dan terlalu sopan santun.

Jadi tak perlulah risau sekiranya ada yang memberi isyarat lampu besar kecik, besar kecik kepada korang. Hanya perlu berhati-hati dan bersedia menanti apa yang ada dihadapan.

Isyarat yang aku selalu guna macam ni..

Lampu besar dua kali = Kemalangan di hadapan.
Lampu besar sekali = Polis di hadapan
Lampu besar tiga kali = "Woi..bawak pelan duduk tepi la" (Memotong orang di hadapan)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...