About

Jom Jadi Kawan!!

Saturday, 7 July 2012

Misteri Lorong Gelap

Masih terbayang di fikiran Yus (bukan nama sebenar) wajah perempuan tua itu. Entah dari mana muncul wanita tua itu tidak dapat pastikan tetapi daripada lenggok bahasanya dia berketurunan jawa. Mungkin dia orang jawa yang baru menetap di kampungnya. Itulah telahan Yus ketika pertama kali terserempak dengan wanita tua itu di lorong gelap.

Lorong ini merupakan jalan pintas yang sering digunakan oleh orang-orang kampung menuju ke kedai runcit Pak Mael. Kiri dan kanan lorong ini dipenuhi dengan rimbunan semak yang tidak diurus. Yus tiada pilihan lain untuk ke kedai Pak Mael. 



Yus mengayuh basikal tua zaman Jepun milik ayahnya, perasaannya ketika itu seperti biasa. Yus seorang yang berhati kental dan berani tetapi amat takut kepada cicak. Geli barangkali.

"Lauk ku dah cukup, cukup masin..lauk ku cukup masin...." selamber Yus menyanyikan lagu itu bagi menghiburkan hatinya.

Bunyi cengkerik dan katak ONG tidak putus-putus membuatkan perjalanan Yus ketika itu tidak menjadi sunyi dek keheningan malam.

"Yus......" tiba-tiba Yus terdengar namanya dipanggil perlahan.

Yus memberhentikan kayuhannya di tengah-tengah lorong gelap dan mencari arah bunyi suara yang memanggil namanya. 

Mata Yus terpandang tepat ke mata wanita tua disebalik rimbunan pokok hutan itu. Lalu wanita tua itu berkata "cucu, tolong kirimkan kain ini kepada ibu mu....." 



Yus menjadi kelu lidahnya, dia hanya menuruti permintaan wanita tua itu. Secara sekelip mata juga wanita tua itu telah pergi entah ke mana.

Itulah kali pertama dan terakhir Yus terjumpa wanita tua itu. Siapakah wanita tu itu? Kain apakah yang diterima oleh ibu Yus?

Misteri Lorong Gelap


9 comments:

  1. adakah ini cerita sambungan??

    ReplyDelete
  2. maka, cepat sikit sambung sebab aku tak sabar nak baca..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku nak sambung pun seram..hahaa

      Delete
    2. aku nak sambung pun seram..hahaa

      Delete
  3. cerita betul ke ni ??? uish seram.. :O

    ReplyDelete
  4. alamak, dh terbaca. Ya Allah, janganla teringat or terbayang pape nanti

    ReplyDelete
  5. helo! kita baru follow blog ni.
    please keep writing yeah! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...