About

Jom Jadi Kawan!!

Thursday 22 September 2011

Wanita Mesti Baca : Taktik Terbaru Penjenayah

PERINGATAN UTK KAUM WANITA.... 

MINTA BACA!!! 

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. 

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. 

Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. 

Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. 

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. 
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. 


Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. 

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! 

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! 

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! 

Jadikan amalan : 1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!. Be extra careful,ladies...Please pass this on to all the entire ladies out there and also men who love their ladies!!


Sumber dapat daripada facebook

Friday 16 September 2011

5 Jenis Masalah Genetic

Salam,

Masalah genetic boleh melahirkan manusia yang berbeza bentuk dari manusia biasa sama ada muka, tangan atau pun kaki.

Berikut kes masalah genetic yang sukar dipercayai namun semuanya kuasa allah s.w.t


Bayi bertangan tiga (China)



Cyclop baby (India)

Bayi ini dilahirkan pada 2006 di India dengan hanya satu mata.



Bayi macam katak (Nepal)

Lahir pada 2006 di Nepal. Sungguh kasihan. 



Jari terbesar di dunia (China)



Lelaki mempunyai ekor (India)

Sunday 11 September 2011

Elaun bagi pelajar di Agensi Kerajaan

Salam,






Berita baik untuk mereka yang sedang menjalani praktikal atau yang ingin menjalani praktikal di jabatan kerajaan. Jika sebelum ini, jabatan atau organisasi kerajaan tidak memberi sebarang elaun kepada pelajar (praktikal) tetapi kini elaun akan diberikan kepada semua pelajar (praktikal) di jabatan atau organisasi kerajaan.


Ini sesuatu yang menggembirakan pelajar di organisasi kerajaan yang sebelum ini tidak berhak mendapat sebarang elaun. 


Maksimum elaun hanya untuk 3 bulan. Ini bermakna, pelajar yang mempunyai tempoh praktikal 6 bulan hanya berhak mendapatkan elaun untuk 3 bulan. 



Saturday 3 September 2011

Saya Anak Malaysia versi 2011

Salam,


Pernah dengar lagu "Saya Anak Malaysia" versi 2011?


Antara bait-bait lirik yang menarik perhatian aku adalah lirik yang RAP kan oleh Altimet.


Sedikit masa harus diluangkan, fikirkan sebentar apa yang dijuangkan
Adakah merdeka sekadar laungan, merdeka semuanya keluar gaungan
Merdeka lebih dari tiga jeritan, merdeka bebas dari kesempitan
Pemikiran, otak, akal, minda mungkin tiba masa definisinya di pinda
 


Yang menjadi perhatian aku adalah "mungkin tiba masa definisinya di pinda". 


Kebelakangan ini banyak pihak yang mencabar kedaulatan undang-undang negara sehingga ada yang berani mempertikaikan perlembagaan negara. 

Tidak disitu sahaja, malah ada yang sanggup menderhaka kepada raja-raja melayu. 

Semua ini berlaku akibat daripada sikap manusia itu sendiri yang sanggup melebihkan kepentingan diri sendiri untuk kepuasan sendiri.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...