About

Jom Jadi Kawan!!

Wednesday 17 August 2011

Agama : Hukum Bersolat Dalam Gelap?





Assalamualaikum,




Perkara ini selalu menjadi keliru kepada orang ramai di luar sana yang tak tahu apakah hukum solat di dalam gelap? 


Seperti yang kita tahu solat boleh didirikan di mana-mana sahaja anda berada walaupun di dalam gereja sekalipun. Perkara yang penting dalam solat adalah niat dan khusyuk dalam solat.


Jika kita telah mencapai niat dan khusyuk, tidak kira lah dalam gelap atau dalam cerah sekalipun anda bersolat Insyallah solat anda akan diberkati.


Mungkin kita pernah mendengar orang berkata solat di dalam gelap itu bermakna kita bersolat dengan syaitan. Sebenarnya solat dalam gelap akan memberi bahaya kepada kita sendiri kerana keadaan yang gelap menyebabkan kita tak nampak apa yang ada di atas sejadah ketika sujud. 


Mungkin tahi cicak yang jatuh, paku yang jatuh atau ular. Justeru itu, kita di galakkan bersolat di tempat yang cerah. Bagi menggelakkan kita berasa was-was untuk bersujud dan secara tak langsung menyebabkan kita hilang khusyuk kepada solat.


Wallahualam,



4 comments:

  1. Alhamdulillah, lega kemusykilan saya yang sudah lama saya tercari-cari jawapannya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, lega kemusykilan saya yang sudah lama saya tercari-cari jawapannya. Terima kasih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...