About

Jom Jadi Kawan!!

Sunday 14 August 2011

10 Tabiat Memandu Yang Bahaya



Assalamualaikum,


Ketika memandu kenderaan pasti ada yang akan melanggar peraturan jalan raya. Kemalangan di Malaysia juga berpunca daripada kecuaian kita kerana tidak mengikut peraturan jalan raya. 








10. Gangguan Perkara Remeh
Gangguan terhadap perkara remeh kepada pemandu seperti mencari dompet dalam dashboard kereta, mengenakan gincu di bibir atau makan. Perkara remeh itu boleh membuat pemandu hilang fokus kepada pemanduan. 





9. Menggunakan Telefon Bimbit
Ini merupakan tabiat paling ramai pemandu lakukan ketika memandu. Baik lelaki atau wanita mesti akan lakukan perkara ini. Tahukah anda, telefon bimbit boleh menghayalkan anda ketika memandu? Menghayalkan bermaksud membuat kita leka halangan di hadapan kenderaan kita. 




8. Tak Mengendahkan Tanda Berhenti
Tanda berhenti ni selalu kita jumpa di simpang jalan sama ada jalan besar atau di kawasan perumahan. Tanda berhenti ini dipasang bagi memberi laluan kepada jalan utama. Sekiranya kita tidak mengendahkan arahan ini kemalangan teruk boleh berlaku.






7. Gagal Memberi "Signal" atau Lambat Memberi "Signal" Ketika Membelok
Aku mempunyai masalah memahami kenapa pemandu tak suka memberi isyarat belok. Ini merupakan tabiat yang sering menyebabkan kemalangan motorsikal. Kemalangan berlaku apabila kereta yang ingin membelok tidak memberi isyarat terlebih dahulu dan menyebabkan penunggan motosikal melanggar sisi kereta. Perkara ini selalu terjadi kepada penunggang motor.




6. Mengejar Lampu Isyarat
Ini juga merupakan hobi pemandu di Malaysia yang sering aku lihat. Mengapa perlu mengejar lampu isyarat hijau? Sedangkan lampu merah tu sekejap je pun. Bila lampu kuning bukan makin perlahan kereta tapi makin laju pulak. 


5. Kelajuan
Kelajuan membawa padah. Ini yang sering berlaku di Malaysia di mana kemalangan kebanyakkan berpunca daripada pemanduan yang laju dan berbahaya. Nak dekat raya dah ni, jangan memandu laju tau. :)


4. Memasuki Lorong Kecemasan
Ha, yang ni paling aku marah. Berpeluh ketiak orang lain beratur senang-senang je kau potong line yer. Walaupun tak merbahaya kepada diri kau wahai pemandu tapi boleh meragut nyawa orang lain tau tak?
Buatnya ada ambulans nak lalu, kan dah jem jalan. Silap hari bulan terberanak makcik dalam ambulans tu.


3. Menaip Mesej Sambil Memandu
Tabiat ni orang yang ada kekasih je yang buat. Betul tak? Kalau dah berkahwin or yang single tak ada masa nak buat kerja gila ni. :) Menaip ketika memandu boleh menyebabkan kita hilang fokus sebab mata dok tengoh bawah. Bahaya..Bahaya..


2. Memandu Laju Dalam Keadaan Cuaca Buruk
Dalam keadaan hujan contohnya tayar kereta kita tidak mencengkap jalan raya kalau kita memandu laju. Itu yang akan menyebabkan kita hilang kawalan ketika memandu. Perlahan pun boleh sampai rumah.


1.Memandu Dalam Keadaan Mabuk 
Kemalangan maut banyak berpunca daripada pemandu yang mabuk akibat pengambilan alkohol. Kalau dah mabuk mana ingat apa lagi dah. Inilah tabiat yang bahaya pemandu di Malaysia.






5 comments:

  1. paling pantang tumpang kereta orang then driver tu sebokk nak sms or tgh calling2..haishhh...seriauu...nasib baik menumpang...huhu

    ReplyDelete
  2. Cubit telinga pemandu tu sekali..Hehe

    ReplyDelete
  3. hehe....

    orang ada ciri2 pemandu bahaya neh...baru petang tadi langgar lampu isyarat....ngeh3...

    tu la...semua bnda neh buat kita cuai kan...ngeh3..

    ReplyDelete
  4. Adoiii..langgar lampu isyarat pun suke ek??ngeh3....;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ape, biarla dia nak langgar lampu isyarat pun, silap hb dia kena langgar dengan treler dan habis hancur remuk baru dia tau. pas tu dia tak akan langgar lagi untuk selamanya...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...