About

Jom Jadi Kawan!!

Wednesday 19 June 2013

Deringan Mesej

Sesi berbalas mesej bersama sebuah syarikat ************
Kali pertama gua berbalas SMS setelah sekian lama tidak berbalas dengan sesiapa.
Adegan berbalas SMS ini untuk tatapan 18 ke atas.

"hoi gampang, baca la mesej ni kuat-kuat bagi semua orang dengar......" bunyi nada dering sms gua yang agak kurang ajar. Bunyi volumenya agak kuat sehingga mengejutkan ramai pekerja di pejabat.

Semua staff memandang aku dengan memek muka yang marah. Sungguh menakutkan.

Ketika nada dering itu berbunyi, jantung gua sudah berdegup kencang. Sambil dalam hati gua berbisik "siapakah agaknya orang bertuah yang telah menghantar mesej ke gua tengah hari rembang begini.."

"Ini kalau bukan Heliza Helmi tersesat jalan cari Nasi Vanggey mungkin Siti Saleha nak minta gua teman dia lunch.." sambung bisikan hati gua. Barangkali syaitan yang berbisik.

Perlahan-lahan gua menyeluk poket kiri gua dengan penuh perasaan yakin sambil menutup mata dan mendongak kelangit.

"Ketinggggg....ketingggg...!!!" Goncangan tangan di dalam poket sekadar mengeluarkan bunyi syiling 20sen, 10sen, dan 50sen. Tersalah seluk poket ni dia punya feel memang cilaka. Tapi gua masih steady dah cool dengan harapan bisikan syaitan tadi menjadi kenyataan.

Gua memulakan langkah sama seperti tadi menyeluk dengan penuh yakin sambil menutup mata dan mendongak langit. Kali ini poket kanan pula.

Perasaan dup dap dup dap begitu memuncak mengalahkan sang pengantin mengangkat nikah di hadapan tok kadi dan dikelilingi ramai jurukamera amatuer yang pandai mencari duit poket waktu orang menikah.

Telefon bimbit telah berjaya gua genggam dengan penuh kemas dan bergaya. Perlahan-lahan gua menekan punat kata kunci "MAKWELAWA"

Ternyata tekaan gua meleset.

Adegan seterusnya dalam bentuk gambar.....


*****






2 comments:

  1. yang bawah tu dia balas apa? "eleh, nak gurau pun tak boleh"

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...