About

Jom Jadi Kawan!!

Saturday, 15 June 2013

Masa Depan

lama betui gua tak update blog.
dia punya lama tu macam lamanya rakyat malaysia nak tunggu malaysia masuk world cup.
punya lah lama.

entri gua kali ni berkisar masa depan. sejak-sejak putus cinta ni rajin betui gua pikir masa depan. masa bercinta dulu haram nak pikir masa depan.

bila putus cinta ni. sedap pulak hidup sebagai orang single. babi betoi. sedap bila tak payah jaga hati orang, tak payah pikir topup. tak payah segalanya.

tang tak sedapnya bila malam nak tido, asyik wish selamat malam ke bantal busuk. lagi cilake bila bangun tido satu haram mesej pun tak masuk. Ini memang cilake..! 

bila kerja je, gaji.. biler gaji jer blurr..

oleh itu rancangan pertama gua lebih kurang macam rancangan malaysia ke 10. 
agendanya tetap sama iaitu memerangi golongan SYIAH. ok. ini tipu.

sebagai orang bujang yang berwawasan, gua cadang nak angkat kabinet tv bawah ni dan simpan rumah mak gua. bila gua dah ada rumah, gua angkut masuk rumah baru gua. 



power tak idea gua? silap-silap menteri di jabatan perdana menteri pun tak boleh pikir strategi gua yang power ni. Hmmm.

****

Mak gua dah reject idea gua. Dia cakap rumah ni dah penuh dengan barang. Terpaksa gua tukar strategi lain.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...