About

Jom Jadi Kawan!!

Wednesday, 9 October 2013

Majalah Niaga : Teknik Pelaburan Saham

Salam,

Adakah anda berminat untuk mempelajari ilmu pelaburan saham? Sekiranya YA maka anda berada di tempat yang betul.

Kali ini, tim Majalah Niaga melancarkan Edisi 26 dimana mentor pelaburan saham, Tuan Haji Mohd Asri bin Haji Ahmad diangkat sebagai ikon kaver utama. Seorang pelabur serta usahawan yang berpegang kepada prinsip akar iaitu menambah nilai kehidupan orang ramai dengan ilmu.


Beliau yang memulakan penglibatan dalam pelaburan saham seawal usia 21 berkata,  belajar dengan ilmu dan pengalaman serta pemerhatian menjadikan faktor utama kecemerlangan rekod beliau dalam pelaburan saham . Pendedahan menarik tentang kejayaan yang dicipta, hasil kegagalan yang banyak memberi kesan emosi dan pengajaran diri beliau.

Anda pasti teruja untuk memuat turun Edisi 26 Majalah Niaga. Himpunan tip, formula dan petua kejayaan dalam pelaburan saham dikongsikan, termasuk :

- Persediaan yang perlu sebelum ‘terjun’ ke dunia pelaburan saham

- Mengenal pasti faktor utama kegagalan pelabur

- Jenis-jenis analisa dalam pelaburan saham

- Maklumat tentang IPO

dan banyak lagi kejutan tips eksklusif daripada tuan Haji Mohd Asri

Muat turun segera e-majalah Majalah Niaga secara PERCUMAAAAA! 

KLIK SINI (Majalah Niaga 26)


Wednesday, 19 June 2013

Deringan Mesej

Sesi berbalas mesej bersama sebuah syarikat ************
Kali pertama gua berbalas SMS setelah sekian lama tidak berbalas dengan sesiapa.
Adegan berbalas SMS ini untuk tatapan 18 ke atas.

"hoi gampang, baca la mesej ni kuat-kuat bagi semua orang dengar......" bunyi nada dering sms gua yang agak kurang ajar. Bunyi volumenya agak kuat sehingga mengejutkan ramai pekerja di pejabat.

Semua staff memandang aku dengan memek muka yang marah. Sungguh menakutkan.

Ketika nada dering itu berbunyi, jantung gua sudah berdegup kencang. Sambil dalam hati gua berbisik "siapakah agaknya orang bertuah yang telah menghantar mesej ke gua tengah hari rembang begini.."

"Ini kalau bukan Heliza Helmi tersesat jalan cari Nasi Vanggey mungkin Siti Saleha nak minta gua teman dia lunch.." sambung bisikan hati gua. Barangkali syaitan yang berbisik.

Perlahan-lahan gua menyeluk poket kiri gua dengan penuh perasaan yakin sambil menutup mata dan mendongak kelangit.

"Ketinggggg....ketingggg...!!!" Goncangan tangan di dalam poket sekadar mengeluarkan bunyi syiling 20sen, 10sen, dan 50sen. Tersalah seluk poket ni dia punya feel memang cilaka. Tapi gua masih steady dah cool dengan harapan bisikan syaitan tadi menjadi kenyataan.

Gua memulakan langkah sama seperti tadi menyeluk dengan penuh yakin sambil menutup mata dan mendongak langit. Kali ini poket kanan pula.

Perasaan dup dap dup dap begitu memuncak mengalahkan sang pengantin mengangkat nikah di hadapan tok kadi dan dikelilingi ramai jurukamera amatuer yang pandai mencari duit poket waktu orang menikah.

Telefon bimbit telah berjaya gua genggam dengan penuh kemas dan bergaya. Perlahan-lahan gua menekan punat kata kunci "MAKWELAWA"

Ternyata tekaan gua meleset.

Adegan seterusnya dalam bentuk gambar.....


*****






Sunday, 16 June 2013

Kekecewaan orang veteran terhadap bolasepak

"Golll....!" jerit Tok Kudo.

"Ha, macam tu la orang main bola. Bola tak sempat sampai lagi dia dah kejar bola dulu. Pemain Malaysia kena main lagu tu laaaa, baru la Malaysia boleh masuk World Cup.." ulas Tok Kudo ketika perlawanan Piala Konfederasi antara Brazil dan Jepun.

Orang kampung semua sudah mengenali Tok Kudo. Beliau pernah memenangi Anugerah Tokoh Bola Sepak  kampung Selinsing sebanyak tiga kali berturut-turut. Sikapnya yang peramah itu amat disukai oleh orang kampung dan anak muda kampung yang gemar bermain bola.

"Tok, ada harapan ke Malaysia nak main World Cup tok?" aku bertanya soalan yang agak serius.

Suasana sunyi. Tok Kudo tidak terus menjawab persoalan aku.

"Pak Anas, teh tarik lagi satu.." pinta Tok Kudo.

"Tok tak fikir Malaysia boleh main di World Cup melainkan Malaysia menjadi tuan rumah. Bukan tak yakin tapi sudah memang hakikatnya rakyat Malaysia tak pandai main bola. Bagi lah jurulatih sebaik Alex Ferguson, Jose Maourinho atau Azraai Khor sekalipun kalau dah pemain tak pandai, tak kemana jugak." luah Tok Kudo panjang lebar dengan perasaan bercampur kecewa.

Aku terus pulang ke rumah dan menonton rancangan masakan Masterchef sambil aku berkata dalam hati "kalaulah pertandingan masakan sama taraf dengan perlawanan bola sepak piala dunia, sudah pasti Malaysia ke final dengan hanya menghantar Che Ta sebagai wakil..."

****

Saturday, 15 June 2013

Masa Depan

lama betui gua tak update blog.
dia punya lama tu macam lamanya rakyat malaysia nak tunggu malaysia masuk world cup.
punya lah lama.

entri gua kali ni berkisar masa depan. sejak-sejak putus cinta ni rajin betui gua pikir masa depan. masa bercinta dulu haram nak pikir masa depan.

bila putus cinta ni. sedap pulak hidup sebagai orang single. babi betoi. sedap bila tak payah jaga hati orang, tak payah pikir topup. tak payah segalanya.

tang tak sedapnya bila malam nak tido, asyik wish selamat malam ke bantal busuk. lagi cilake bila bangun tido satu haram mesej pun tak masuk. Ini memang cilake..! 

bila kerja je, gaji.. biler gaji jer blurr..

oleh itu rancangan pertama gua lebih kurang macam rancangan malaysia ke 10. 
agendanya tetap sama iaitu memerangi golongan SYIAH. ok. ini tipu.

sebagai orang bujang yang berwawasan, gua cadang nak angkat kabinet tv bawah ni dan simpan rumah mak gua. bila gua dah ada rumah, gua angkut masuk rumah baru gua. 



power tak idea gua? silap-silap menteri di jabatan perdana menteri pun tak boleh pikir strategi gua yang power ni. Hmmm.

****

Mak gua dah reject idea gua. Dia cakap rumah ni dah penuh dengan barang. Terpaksa gua tukar strategi lain.






Thursday, 16 May 2013

Ucapan Khas : Selamat Hari Guru

Salam,

Susah kalau kahwin dengan orang TELEKOM. Tiap-tiap 3 minit je terputus;

Ahli Bomba lagi teruk, buka kepala terus nak pancut;

Dr. Gigi pun lebih kurang je, goyang-goyang pastu cabut;

ASKAR bahaya sikit, asyik nak menembak jeee;

Kalau MAT REMPIT lagi dahsyat, lampu merah pun dibedalnya;

Baik kahwin dengan CIKGU, kalau kurang jelas akan diulangnya sampai puas!

Selamat Menyambut Hari Guru kepada Guru-Guru Sekalian!!!! :3




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...