About

Jom Jadi Kawan!!

Monday, 9 July 2012

Siang Ku Kegelapan (2)

Perkahwinan mereka sudah menjangkau usia dua setengah tahun, namun segala-galanya masih sama seperti biasa. Hidup mereka masih bahagia tatkala pada ketika itu negara mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk. Banyak syarikat-syarikat besar gulung tikar, kakitangan kerajaan juga terpaksa dikurangkan.

Fakrul juga terkena tempias akibat kemerosotan ekonomi sehingga dia dan beberapa pekerja lain terpaksa diberhentikan kerja.

Kehidupan Fakrul dan Ayu pada ketika itu masih seperti biasa. Walaupun Fakrul sudah tidak lagi berkerja, duit simpanannya masih mampu menampung perbelanjaan mereka berdua.

"Bila abang nak cari kerja baru...? Duit simpanan kita pun dah nak habis.." Ayu melontarkan soalan itu setelah membelek-belek buku simpanan Maybank mereka.

Fakrul tidak mahu menjawab soalan itu kerana dia sedar mereka tidak mampu untuk terus bergantung hidup kepada wang simpanan mereka. Bagi menenangkan isterinya yang dalam kerisauan, dia telah berjanji kepada isterinya untuk mencari kerja.

"Ayu jangan risau ya, abang akan pastikan dalam minggu ni juga abang akan dapat kerja.." Fakrul memberi keyakinan kepada isterinya itu.

Fakrul sendiri tidak pasti sama ada janji itu dapat ditunaikan atau tidak dalam keadaan ekonomi yang sedang merosot ini. Namun, dia harus berusaha agar kehidupannya kembali stabil seperti permulaan perkawhinannya bersama Ayu.

sekadar hiasan


Tuhan saja yang tahu~~~~


6 comments:

  1. bila ekonomi merosot, rumah tangga pun mungkin akan berpecah belah.. sambung cepat..hehe

    ReplyDelete
  2. ayu n fakrul nama kawan sy.. hehe tetibe je terbayang muke mreka kawen. .

    ReplyDelete
  3. ermm..kdg² sbb duit manusia bergaduh.. same goes dlm citer ni..

    ReplyDelete
  4. bg la fakrul cpt dpt koje . itu blum ada anak dgn ayu lg tue

    ReplyDelete
  5. zaman skg, duit punya pasal boleh bercerai berai.. jauhkanla kan, cepat2 sambung cerita ni ;)

    ReplyDelete
  6. usaha + tawakal = insyaAllah ada jalan nya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...