About

Jom Jadi Kawan!!

Thursday, 20 December 2012

Matanya Merenung Tajam

Kejadian ini berlaku ketika aku masih kecil dalam lingkungan 12 tahun.

Malam itu kebetulan aku keseorangan di rumah kerana keluarga mempunyai urusan kenduri kahwin di kawasan taman perumahan aku.

Sedang aku menonton drama Dan,Din,Dun di televisyen. Tiba-tiba perut aku memulas kesakitan. Rasa seperti dipulas-pulas di bahagian usus perut.

Aku terus bergegas ke bilik air di bahagian belakang rumah. Pada ketika itu semua rasa takut aku buang jauh-jauh bagi memberi laluan kepada perut ku yang memulas.

Ketika aku keluar dari bilik air, aku terpandang ke luar tingkap dari dalam rumah. Sebujur tubuh berbungkus berdiri tegak, sambil matanya yang merah merenung tepat ke arah mata ku.

Ketika itu dahi aku telah berpeluh sambil bibir aku terkumat kamit membaca surah Al-Fatihah.

Aku memejamkan mata kuat-kuat sambil meneruskan pembacaan ayat-ayat suci yang aku tahu.

Seketika kemudian, aku dapati makhluk bungkus tersebut telah tiada di luar rumah.

Tanpa berlengah aku terus cabut lari sepantas Husain Bolt menuju ke rumah kenduri untuk berjumpa keluarga ku.

Apakah makhluk yang merenung ku itu? Apa tujuannya? Hmmm

Tuesday, 18 December 2012

Cinta Dan Asrul

"Cinta! Tolong jangan tinggalkan aku.Aku merayu kepadamu. Jika engkau pergi meninggalkan aku hanya kerana dia lebih berharta daripada aku, aku yakin kau telah membuat kesilapan paling besar dalam hidup kau." kata Asrul.

Selepas Asrul meluahkan kata-kata itu, Cinta terus pergi tanpa mengendahkan apa yang diperkatakan oleh Asrul.

*3 tahun kemudian*

Asrul seperti biasa akan memandu kereta Proton Wira miliknya untuk ke tempat kerja. Kereta itulah yang digunakan sejak mula bercinta dengan Cinta hinggalah sekarang. Keadaan kereta itu masih elok cuma terdapat sedikit calar balar akibat perbuatan budak nakal di flat tempatnya tinggal.

Setibanya di tempat kerja, Asrul telah didatangi oleh dua orang lelaki yang tidak dikenalinya.

"Awak Asrul kan?" soal lelaki tua yang kelihatan sedikit berumur dan mempunyai misai yang lebat.

"Ya. Saya Asrul. Pakcik ni siapa?" Asrul menyoal semula sambil tersenyum. Asrul memang peramah orangnya dan tidak lokek dek senyuman.

"Pakcik ni sebenarnya datang membawa khabar berita. Cinta kekasih kamu dulu sedang sakit dan berada di wad." luah pakcik itu sambil memandang tepat ke mata Asrul.

Asrul tidak bertanya panjang lalu terus mengikut mereka ke hospital dimana tempat Cinta menerima rawatan.

Asrul masih menyayangi Cinta walaupun Asrul pernah dikhianati suatu ketika dahulu.

"Cinta sakit apa ni?" soal Asrul lembut.

Sebenarnya sejak berpisah dengan Asrul dahulu, hidup Cinta telah tidak bahagia seperti biasa. Dia sering kali dipukul oleh teman lelakinya yang panas baran.

Boleh dikatakan setiap hari Cinta dipukul sekiranya Cinta tidak mahu mengikut kemahuan teman lelakinya.

"Cinta minta maaf sebab tinggalkan Asrul dulu. Cinta tahu As mesti tak dapat maafkan Cinta." luah Cinta sambil menanggis teresak-esak.

Jauh disudut hati Asrul untuk tidak memaafkan Cinta. Selepas peristiwa itu mereka berdua telah mengikat tali pertunangan dan saling berjanji untuk setia dan membina hidup bahagia.

Sunyi

Waktu itu suasana sepi yang ada hanyalah bunyi kicauan burung yang sedang kelaparan.

Gua terjaga dari lena, lalu dada gua menjadi kembang kempis seperti orang yang sedang keletihan berlari.

Gua menampar pipi gua sendiri dengan sekuat hati. "Adakah aku bermimpi?"getus gua di dalam hati.

Keadaan yang pada mulanya sepi telah menjadi hingar bingar di luar bilik gua. Bunyinya seperti orang menjerit-jerit meminta tolong.

"Tolongggg!! tolongggg!!"

Gua dah mula mengelabah, muka dah pucat, tangan terketar-ketar. Tanpa berfikir panjang gua terus tarik selimut dan TIDUR.

Begitulah kisah sunyi gua pada malam ini.

Saturday, 15 December 2012

Beto Kusyairy

Sebelum korang semua baca artikel aku ni, korang kena tahu aku bukan gay. okay?

Beto Kusyairy pelakon romantik yang sempoi. Semua lakonan dia menjadi dan tak nampak seperti lakonan. Rasa macam real.  Boleh dikatakan Aaron Aziz yang fofular tu pun kalah dengan Beto ni dari segi lakonan.

Aku minat Beto ni sejak aku TERlayan telemovie Aku, Dia Dan Tong Sampah. Perggghhh! Memang menjadi tambah dalam tu ada Siti Saleha yang cantik dan gigi tersusun. (Ini bukti aku tak gay)

Sejak tu aku terus mengoogle untuk cari semua drama dan movie lama yang dilakonkan oleh Beto dan layan semua movie. Boleh dikatakan macam Marathon Beto.

Aku percaya Beto boleh pergi jauh dan banyak pihak produksi yang dah nampak bakat Beto ni.

Semoga berjaya menjadi Hero Malaya!

Thursday, 13 December 2012

Malaysia vs Thailand : Punca Kekalahan

Salam.

Semua penyokong Malaysia tengah marah bagai nak rak sebab Malaysia kalah kepada Thailand. Gua yakin semua penyokong tak kisah Malaysia kalah tapi marah sebab pengadil yang berat sebelah.

Korang ingat pengadil tu saja nk berat sebelah ke???? Bak kata jebat, "hutang darah dibayar darah". Itu lah yang berlaku kepada pemain negara.


"Korang takcles aku hari tu, malam ni aku tackles korang bagi kalah." luahan hati pengadil Korea sebelum perlawanan.

K Reuben pernah tackles ref ni masa perlawanan antara Malaysia dan Australia. Tak percaya?? Jom tengok.


Ini la punca dia marah sangat kat Team Malaysia! HAHA

Malas nak celoteh panjang lebar pasal tu.

Cuma yang gua perasan, Malaysia tak gunakan kesempatan sejak hari pertama tiba di Thailand. Kita di Malaysia marah apabila pasukan kita tidak di layan dengan baik seperti tidak mempunyai padang latihan yang baik di sana.




Sebenarnya Thailand sudah memberi pemain Malaysia tempat yang sesuai untuk membuat latihan tapi Malaysia tak gunakan. Cuba tengok keadaan padang sebentar tadi bagaimana? Macam sawah kan?

Jadi nampak gaya Malaysia tak reti guna kesempatan untuk berlatih di padang sawah yang diberikan seperti dalam gambar. =..=

HAHAHA!!

BUSUK-BUSUK HARIMAU MALAYA, ORANG KITA JUGAK!!!




Wednesday, 17 October 2012

Pintu Kebahagiaan




Apabila satu pintu kebahagiaan tertutup,pintu yang lain akan terbuka
tapi selalunya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama 
hinggakan kita tidak nampak pintu yang lain telah terbuka untuk kita.......

Selamat malam

Sunday, 14 October 2012

Politik tak kena masa

Dahulu masa kecik gua tak tahu pun apa itu politik. adakah seperti cokodok atau lepat pisang? Sayang seribu kali sayang, jangkaan gua meleset sama sekali. Politik bukanlah makanan seperti yang dijangka tetapi mende tu lah yang boleh buat orang bergaduh. Mengalahkan orang kalah judi!

Lantak kome la! Gua bukan nak sentuh pasal politik, tapi hairan dengan segelintir manusia yang sering berpolitik tak kena tempat.

Tak kena tempat tu maksudnya perkara yang dilakukan tu salah pada tempatnya. Contohnya, sembahyang pakai baju ada tulisan FUCK! 

ini namanya BERGAYA TAK KENA TEMPAT!

Faham?

Oke. Bab politik pun lebih kurang lagu tu jugak. Nak politik boleh tapi sila la ikut tempat brader!! Sebab apa gua timbulkan isu ni? 

Sebab gua tak puas hati ada orang sentap gua punya hak untuk stim layan bola Selangor vs Kelantan tempoh hari. Memang potong habis!

Zaman dulu kalau layan bola, tak jumpa pun orang dok politik dalam stadium. Zaman sekarang makin RARE!! 

Bola is bola! 


 

BEBAS!

BEBAS!

Burung bebas berterbangan di udara.
Monyet bebas bergayut di hutan.
Tiada siapa menghalang segala,
kecuali Yang Maha Esa.

Itu lah ertinya bebas yang sebenar. Semua manusia inginkan kebebasan yang tiada sempadan. Tembok china umpama sempadan dan dinding kebebasan yang tinggi, setinggi angan!

Pasti tiada yang mengerti tetapi cuma fahami apa yang ingin disampaikan.

Bebas tiada guna jika masih dikelilingi tembok-tembok halusinasi.


Sunday, 19 August 2012

Bahana Manchester United

Hari terakhir berpuasa......

Lepas berbuka terus sepupu aku tanya soalan cemupas kat aku. "Duit raya tahun ni nak bagi berapa kat kami?" soal sepupu aku.

Aku paling pantang dengar orang minta duit! 

Jadi aku pun fikir cara nak elak dari menggeluarkan duit raya. 

"Kau minat pasukan mana dalam EPL??" aku bertanya serius.

"Mestilah Manchester United!!" sepupu aku menjawab dengan penuh yakin umpama menjawap soalan periksa SPM tahun 2008 paper Julai.

Terus aku lempang dia dengan tangan kiri aku dan berkata "jangan harap kau dapat duit raya dari aku tahun ni!!"

Sepupu aku pun masuk ke rumah dengan perasaan kecewa.


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.......



Monday, 9 July 2012

Siang Ku Kegelapan (2)

Perkahwinan mereka sudah menjangkau usia dua setengah tahun, namun segala-galanya masih sama seperti biasa. Hidup mereka masih bahagia tatkala pada ketika itu negara mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk. Banyak syarikat-syarikat besar gulung tikar, kakitangan kerajaan juga terpaksa dikurangkan.

Fakrul juga terkena tempias akibat kemerosotan ekonomi sehingga dia dan beberapa pekerja lain terpaksa diberhentikan kerja.

Kehidupan Fakrul dan Ayu pada ketika itu masih seperti biasa. Walaupun Fakrul sudah tidak lagi berkerja, duit simpanannya masih mampu menampung perbelanjaan mereka berdua.

"Bila abang nak cari kerja baru...? Duit simpanan kita pun dah nak habis.." Ayu melontarkan soalan itu setelah membelek-belek buku simpanan Maybank mereka.

Fakrul tidak mahu menjawab soalan itu kerana dia sedar mereka tidak mampu untuk terus bergantung hidup kepada wang simpanan mereka. Bagi menenangkan isterinya yang dalam kerisauan, dia telah berjanji kepada isterinya untuk mencari kerja.

"Ayu jangan risau ya, abang akan pastikan dalam minggu ni juga abang akan dapat kerja.." Fakrul memberi keyakinan kepada isterinya itu.

Fakrul sendiri tidak pasti sama ada janji itu dapat ditunaikan atau tidak dalam keadaan ekonomi yang sedang merosot ini. Namun, dia harus berusaha agar kehidupannya kembali stabil seperti permulaan perkawhinannya bersama Ayu.

sekadar hiasan


Tuhan saja yang tahu~~~~


Sunday, 8 July 2012

Siang Ku Kegelapan

sekadar hiasan

"Ayu, abang baru balik kerja ni....." lembut suara Fakrul menyapa isterinya.

Ayu yang ketika itu sedang memasak di dapur menyahut panggilan suaminya yang baru pulang dari kerja.

"Ya abang...Ayu dekat dapur ni....." balas Ayu kepada Fakrul.

Fakrul bekerja sebagai kakitangan di Pejabat Pendaftaran manakala isterinya pula suri rumah sepenuh masa walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi dalam akademik. Usia perkahwinan mereka baru saja berusia mencecah dua bulan.

"Ayu masak apa hari ni....?" soal Fakrul kepada isterinya.

"Abang cuba teka Ayu masak apa...Hehehe..?" Ayu menyoal Fakrul semula untuk mengusik suaminya itu.

"Abang tau Ayu masak asam pedas kan...?" balas Fakrul sambil mencubit pipi Ayu yang gebu.

Ayu sebenarnya tahu makanan kegemaran Fakrul adalah asam pedas, jadi dia telah menyiapkan hidangan asam pedas untuk suaminya itu.

Mereka pun menjamu selera bersama, banyak yang mereka bualkan hingga tak sedar lauk telah pun habis dijamah oleh mereka. Begitulah kehidupan sepasang suami isteri ini, walaupun Fakrul tidak berjawatan dalam pekerjaan tetapi dia mempuyai isteri yang baik dan pandai memasak. Itu sudah cukup untuk seorang lelaki.

Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]

Saturday, 7 July 2012

Misteri Lorong Gelap

Masih terbayang di fikiran Yus (bukan nama sebenar) wajah perempuan tua itu. Entah dari mana muncul wanita tua itu tidak dapat pastikan tetapi daripada lenggok bahasanya dia berketurunan jawa. Mungkin dia orang jawa yang baru menetap di kampungnya. Itulah telahan Yus ketika pertama kali terserempak dengan wanita tua itu di lorong gelap.

Lorong ini merupakan jalan pintas yang sering digunakan oleh orang-orang kampung menuju ke kedai runcit Pak Mael. Kiri dan kanan lorong ini dipenuhi dengan rimbunan semak yang tidak diurus. Yus tiada pilihan lain untuk ke kedai Pak Mael. 



Yus mengayuh basikal tua zaman Jepun milik ayahnya, perasaannya ketika itu seperti biasa. Yus seorang yang berhati kental dan berani tetapi amat takut kepada cicak. Geli barangkali.

"Lauk ku dah cukup, cukup masin..lauk ku cukup masin...." selamber Yus menyanyikan lagu itu bagi menghiburkan hatinya.

Bunyi cengkerik dan katak ONG tidak putus-putus membuatkan perjalanan Yus ketika itu tidak menjadi sunyi dek keheningan malam.

"Yus......" tiba-tiba Yus terdengar namanya dipanggil perlahan.

Yus memberhentikan kayuhannya di tengah-tengah lorong gelap dan mencari arah bunyi suara yang memanggil namanya. 

Mata Yus terpandang tepat ke mata wanita tua disebalik rimbunan pokok hutan itu. Lalu wanita tua itu berkata "cucu, tolong kirimkan kain ini kepada ibu mu....." 



Yus menjadi kelu lidahnya, dia hanya menuruti permintaan wanita tua itu. Secara sekelip mata juga wanita tua itu telah pergi entah ke mana.

Itulah kali pertama dan terakhir Yus terjumpa wanita tua itu. Siapakah wanita tu itu? Kain apakah yang diterima oleh ibu Yus?

Misteri Lorong Gelap


Friday, 6 July 2012

Kehidupan Sosial

Malam masih muda! Aku sebagai anak muda perlu melakukan aktiviti sosial bersama rakan-rakan, nanti dah tua mana ada masa nak bersosial. Nak jaga anak bini lagi.

Sebagai permulaan aktiviti sosial, aku bercadang untuk pergi ke Pusat Hiburan Keluarga. Kira-kira dua kilometer dari rumah aku.

"Lan, jom karOk." aku mesej kepada Alan.

Aku tak pasti di mana berasalnya perkataan Karaok! Mungkin boleh minta pencerahan.

Bermula lah malam sosial aku sebagai seorang sosialis.

Alan memilih untuk menyanyikan lagu bergenre rock keras, rock jiwang dan rock leleh. Aku maintain dengan genre soul dan jiwang karat.

Tapi perasaan aku tak menentu pada waktu itu, so aku pilih METAL sebagai pilihan. Belum pernah aku menyanyikan lagu METAL dalam sejarah aku berkecimpung dalam arena Karaoke RM1 satu lagu.

"Kau ambil lagu apa...?" soal Alan kepada aku.

Aku hanya melemparkan senyuman. Sengaja aku tidak mahu dia tahu bahawa aku memilih lagu genre Metal! Konon-konon nak buat suprise sebab aku berani ambil risiko menyanyi lagu Metal, tak main la lagu jiwang.


 Sampai giliran aku untuk menyanyi lagu tersebut. Micphone digenggam dengan gagahnya dan bersedia untuk menyanyi dengan penuh semangat Metal!


Sempat aku merenung kepada Alan dan mengangkat kening tanda bangga menyanyi lagu Metal.


Tunggu punya tunggu punya tunggu... lirik lagu masih tak keluar, aku sabar lagi. Bila sampai separuh lagu, kesabaran aku dah habis limit. 


Aku pergi ke kaunter dan berkata "Hoi, pasai apa lagu hampa pasang ni tak dak lirik? Macam mana aku nak menyanyi?" jerkah aku kuat dalam loghat utara. 


Keadaan sunyi seketika, semua mata memandang aku.


Alan tetiba datang dan berbisik kepada aku "Lagu kau pilih tu memang takde orang menyanyi, instrument semata-mata...." sayup suara Alan di telinga aku.

Aku terus belah dari Pusat Hiburan Keluarga tu.........

Bawah ni lagu yang aku try tu ha!!!Try la dengar...




Thursday, 5 July 2012

Salah Faham

Malam yang dingin membuat aku tidak keruan seperti ada yang tidak kena. Entah mengapa perasaan sedang bercampur antara seronok, sedih, dan gelisah.

Aku pergi membancuh Nescafe 3 in 1 dengan harapan perasaan ini semua akan hilang. 

Tiba-tiba aku mendapat mesej daripada seorang rakan. Mesejnya berbunyi seperti ini.

"Adi, jom lepak Jusco tengok wayang lapan jam.. aku belanja...." 

Aku mulai konpius setelah membaca mesej itu. "Dah buang tebiat ke kawan aku sorang ni?" bisik aku dalam hati.

Aku pun membalas mesej member aku tu "Kau dah gila ke nak tengok wayang sampai lapan jam? Nak mampos!!!" 

Terus member aku senyap.......

Kemudian aku google, baru aku tau dia sebenarnya ajak aku tengok cerita 8Jam. Cis melepas!!!



Aku dan Durian (2)

"Krooohhhh..kroohhhhh..."

Sedang sedap aku tidur, tiba-tiba hidung ku dapat menangkap lintasan bau-bauan durian yang sungguh enak. Pada firasat aku ini mungkin Durian Musang King. 

"Ini tak boleh jadi!!" bentak aku seorang diri.

 Aku segera memandang ke langit di luar bilik untuk melihat sama ada cuaca baik atau tidak. Nampak gayanya keadaan cuaca mengizinkan aku untuk ke kebun durian.

Aku tanpa berfikir panjang terus ke dapur menjamah nasi sebarang dua untuk mengalas perut. 

"Arrkkkkk....Alhamdulillah." begitulah bunyi sendawa sebahagian manusia di bumi ini. 

Aku segera mencapai bag Adidas dan mengambil kunci kereta abah aku.

Kali ini aku tidak boleh tertipu lagi dengan hujan, mana tahu dalam perjalanan nanti hujan turun. Allah Maha Besar.

Enjin kereta telah dipanaskan.  

Selang beberapa minit kemudian.....

"Tukk!! Tukk!!!" cermin kereta di bahagian pemandu diketuk. Rupanya abah aku nak guna kereta. 

Terpaksa aku menelan air liur untuk merasa durian Musang King. Aku keluar dari kereta dengan perasaan sayu. Berjalan jalan naik ke rumah dan sambung tidur.

Wednesday, 4 July 2012

Aku Telah Sampai ke Bulan

Jam telah menunjukkan tepat pukul 4 pagi. Aku masih belum dapat lelapkan mata mungkin akibat penangan Euro 2012. Sudah terbiasa dengan keadaan tidur lewat.

Dari luar bilik terpancar cahaya bulan yang masuk dari celahan langsir. Aku terus merenung ke arah bulan yang terang itu melalui celahan langsir.

"Apa agaknya orang bulan sedang buat sekarang?" soalku di dalam hati.

Tiba-tiba keadaan mata aku menjadi kelabu seperti hendak pitam. Aku pejamkan mata untuk seketika dan terus menggosok mata dengan perlahan.

Apabila mata dibuka kembali, kelihatan dua bidadari yang sungguh cantik berserta seorang lelaki yang iras-iras Uncle Seekers.

"Siapa kamu semua?" soal aku yang agak terkejut.

"Kami bertiga datang daripada bulan, mari ikut kami bertiga naik ke bulan." ajak salah seorang bidadari itu.

Bidadari ini sungguh cantik raut wajahnya, mereka berseri-seri serta bercahaya dan ada iras-iras Neelofa dan Tasha Shila. Tetapi yang menghairankan aku, "Mengapa Uncle Seekers pun ada?" soal hati kecil ku.

"Ahh! pedulikan Uncle Seekers tu!!" balas hatiku juga.

"Bagaimana untuk naik ke bulan wahai bidadari yang cantik?" aku bertanya kepada bidadari tersebut.

Uncle Seekers menjawab soalan ku itu, "pejamkan mata mu wahai anak muda"

Lalu aku pejamkan mata dan tidak sabar-sabar untuk naik ke bulan. Akhirnya impian aku tercapai untuk ke bulan. Aku rakyat pertama Malaysia pergi ke bulan.

"Bangun!! Bangun!!" bentak abah ku mengejutkan aku untuk solat Subuh.

Kuang, kuang kuang......... Uncle Seekers, Neelofa dan Tasha Shila masuk dalam mimpi aku daaaa... 







Kad Diskaun Untuk Pelajar IPT

Salam,

Berita baik untuk pelajar IPT!



syukur Alhamdulillah.....

Tuesday, 3 July 2012

Aku dan Durian

Baju telah ku lipat dan masukkan ke dalam beg Adidas yang dibeli di gerbang malam Ipoh. Aku berharap perjalanan kali ini membawa makna kepada diriku.

Aku telah merancang untuk pergi ke kebun durian di Tapah milik jiran sebelah rumah aku, mungkin jika ada rezeki aku mahu menyambut durian gugur. Belum ada yang mampu menyambut durian gugur. Aku orang yang pertama.

"Mak, tolong ambil helmet dalam bilik." aku meminta pertolongan mak sebab aku malas nak buka kasut yang telah disarungkan.

Aku berharap perjalanan kali ini indah bak pelangi selepas hujan.

Tiba-tiba.............

Hujan turun dengan lebatnya.

Aku mengambil keputusan untuk naik ke rumah, masuk ke bilik dan terus tidur.

Begitulah ceritanya durian aku.

p/s : tidur merupakan aktiviti paling lasak ketika hujan.






Aku dan Member ku

"Bangun!! Jangan sampai aku jerus air kat muka ko" gertak member aku dengan muka ganas.

Aku pun bangun sambil mengesat tahi mata yang masih melekat, lalu aku pandang ke muka member aku tu dengan perasaan tidak senang.

Dia membalas renungan sambil berkata.

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tidur negara mundur"

Selepas member aku melontarkan peribahasa itu, aku tanpa berfikir panjang terus tidur semula.

Begitulah ceritanya.

JOM LAWAT KE WEBSITE TERBARU


                                       


Malam yang sepi

Salam,

Kebosanan mula melanda diriku ini, jika sebelum ini malam-malam ku dihiasi dengan jeritan semangat dan gelak tawa, namun kini engkau pergi meninggalkan diri ini. Apa salah daku? Oh my malay so jiwang.

Bila malam-malam kita tidak lagi bersama, aku membaca kembali entry blog ini secara undur. Best jugak isi blog aku ni. Kalau Tun Mahathir baca mesti dia ambil salah satu artikel aku masuk dalam buku dia.

Kepada dirimu yang jauh di mata dekat di kaki.

Semoga kita berjumpa empat tahun lagi dan dapat lah kita bergembira bersama di setiap malam.











Monday, 14 May 2012

Beli isteri dari Vietnam?

Artikel kali ni khas untuk korang yang belum menikah dan yang sedang mencari jodoh. Aku bukan ejen pencari jodoh atau ejen penjual insurans tapi aku cuma nak tolong lelaki di luar sana yang belum mendapat jodoh.  ^_^
Kat bawah ni ada iklan awek Vietnam..... siapa nak try pergi la... ^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...