About

Jom Jadi Kawan!!

Saturday, 13 August 2011

Kenapa bazar Ramadhan hanya pada bulan Ramadhan?



Assalamualaikum,






Bazar Ramadhan adalah tempat orang mencari rezeki lebih kerana bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh berkat. Ada yang menyoal kemana mereka peniaga-peniaga ini pada bulan-bulan lain? Kenapa tidak dipanjangkan bazar Ramahdan ke bulan-bulan lain?


Dah nama pun Bazar Ramadhan mestilah bulan Ramadhan sahaja. Itu jawapan paling simple aku boleh jawab. Jawapan lain yang boleh aku berikan, sesuatu perkara itu perlu ada keistimewaan barulah kita dapat merasai kemanisannya. 


Cuba bayangkan bazar yang menjual makanan setiap hari pada waktu itu kita tidak lapar dan tidak dahaga. Agak-agak korang la, boleh sesak ke bazar tersebut? Penuhnya bazar Ramadhan juga adalah kerana nafsu makan yang membuak-buak di kalangan kita yang tak sabar-sabar nak berbuka.


Kita boleh tengok contoh pasar malam. Adakah pasar malam juga setiap hari? Tidak. Jika berlaku setiap hari pasti peniaga akan rugi memanjang dan tak kenal apa itu untung. Sebab itu lah pasar malam hanya semingu sekali jika ada dua minggu sekali pun tempat yang berlainan dari tapak asal pasar malam.


Faham tak? Ini contoh paling senang, bolasepak Piala Dunia empat tahun sekali. Kenapa tak buat setiap tahun? Jawapannya tetap sama.


Kenapa dalam Islam mempunyai pahala malam jumaat? (Soalan ini dijawap dalam post akan datang) Jawapannya tetap sama kemanisan dan kenikmatan.

2 comments:

  1. Oh, yeah! Sangat setuju dengan anda! Bila sesuatu tu cuma ada pada ketika dan waktu tertentu, kemanisannya lebih terasa. :)

    Macam solat terawih la. Kalau hari2 ada, maunye budak2 ni gi? Takkan! hehe

    Btw, nice entri.

    ReplyDelete
  2. Cik Penulis : Tq sebab setuju. Solat terawih kalau hari-hari bukan solat terawih la namanye..Hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...