About

Jom Jadi Kawan!!

Monday, 29 August 2011

Kempen : Jom "Bahan" Arsenal



Salam,


Harap penyokong Arsenal berpuasa pada hari ini memandangkan pasukan kesayangan mereka dibelasah teruk oleh Manchester United. Seronok jugak dapat bahan fans Arsenal sekali-sekala yer tak? Hehe


Ada ke fans Arsenal kat sini? Man U tu bukan hebat sangat pun tapi Arsenal yang tak hebat sebab tu kalah teruk. Janganlah bersedih wahai adik-adik ku yang menyokong Arsenal, esok kita nak raya dah. 


Fans Man U boleh celebrate kemenangan besar ini dengan makan lemang 8 batang. Hehe..Tapi ingat walaupun Man U membelasah Arsenal itu tidak bermakna mereka boleh membelasah Barcalona. 


Selamat Hari Raya. 0-0 ok? Bukan 8-2. Hehe


Sebelum aku tinggalkan korang semua terimalah sekeping gambar buat untuk penyokong Arsenal yang sedang berduka lara..





Saturday, 27 August 2011

Terkejut!!!


Salam,

Situasi gambar dibawah adalah seekor kucing melihat ikan di dalam air dan tiba-tiba ikan jerung (belon) muncul di belakangnya. 



Kucing pun boleh terkejut inikan pula kita manusia, tolong la jangan main mercun senyap-senyap. Kang benda tu meletup aku yang terkejut. Nak kena jugak anak Mak Semah sebelah rumah ni.

Pengajarannya : nak main mercun silakan tetapi jangan bg orang lain dengar bunyi mercun. Lu pikir la sendiri.




"Selamat Hari Raya Aidilfitri" -Akmal Hadi-


Assalamualaikum,



Sebulan berpuasa menghadirkan seribu satu cerita manis, masam, suda dan duka. Namun harus ku tempuhi segala ujian ini kerana setiap ujian perlu di lalui untuk mematangkan diri.

Ramadhan meninggalkan kita Syawal bakal menjelma dan yang paling gembira sekali tentu adalah kanak-kanak kerana masa inilah poket akan kembung. ^_^

Nasihat : Jagalah makan pada hari raya nanti..tak perlu kita makan segala mak nenek yang ada...takut-takut boleh sakit perut.

Jangan dilupakan mereka yang serba kekurangan, jika mampu tolonglah mereka menyiapkan diri menghadapi Raya Aidilfitri kali ini.

Tidak dilupakan kepada mereka yang telah meninggalkan kita, jengguk-jengguklah mereka di kubur masing-masing dan sedekahkan al-fatihah untuk mereka.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri dan juga rakan-rakan di alam maya ini...+_+


Thursday, 25 August 2011

Kepercayaan Itu Penting



Assalamualaikum,


Kepercayaan itu amat penting kerana kepercayaan itu boleh membuat kita lebih mempunyai sikap bersangka baik terhadap rakan atau saudara.


Bayangkan tiada orang percaya kepada kita bagaimana kita hendak melakukan sesuatu jika orang tidak mempercayai kita? 


Bermula daripada kepercayaan hinggalah kepada kejujuran itu semua perlu dalam perhubungan.


Mari kita lihat gambar yang menunjukkan seorang suami mempercayai isterinya....






Silap haribulan boleh mati si suami tuh....

Tuesday, 23 August 2011

Top 4 : Kucing yang Comel

Salam,

Ramadhan semakin meninggalkan kita....

Selamat Berbuka kepada semua..

Jom kita saksikan kucing-kucing yang comel...:)








Yang last sekali paling comel...^_^

Part 1 : Bermain Meriam Buluh di Kampung



Salam,




Pooom!! Kendengaran meriam buluh yang diletupkan oleh kampung sebelah. Ketika itu kampung aku serta tiga lagi kampung berdekatan melawan bunyi meriam buluh. Kampung yang dapat menghasilkan bunyi yang paling kuat pasti akan menyebabkan kampung lain rasa hormat pada kampung yang menang itu.


"Ini tak boleh jadi ni, hang bubuh kabat lima ketul. Biar meletup kuat sikit" ujar Adi kepada Mat. Mereka berdua ni memang pantang dicabar. Belum pernah ada orang dapat kalahkan mereka berdua. "Adi, aku rasa kita kena guna rahsia kita. Baru la meriam ni kuat sikit." kata Mat kepada Adi.


"Rileks kawan, kita biar depa seronok dulu." balas Adi sambil melambung-lambung kabat di tangannya. Sementara mereka sedang bermain meriam buluh itu, orang-orang tua di masjid sedang khusyuk mengutip pahala sunat dengan melakukan solat terawih.


"Poommm!!" kedengaran satu letupan yang amat kuat sekali muncul daripada belakang masjid. "Ya Allah ya tuhan ku." terperanjat Tok Imam yang sedang membaca doa ketika itu. "Mail, ko pergi tengok kejap budak-budak tu." arah Tok Imam kepada Mail.


Tanpa berlengah Mail terus ke belakang masjid tersebut sambil menyuluh-yuluh lampu menggunakan lampu torchlightnya.


Tiba-tiba.............................. (bersambung)

Sunday, 21 August 2011

Jangan Tidur Di Tempat Awam



Salam,


Orang tua-tua pernah berpesan sebelum tidur kena cuci kaki sebab takut mimpi yang bukan-bukan. Bukan-bukan di situ membawa banyak maksud. Ada yang mimpi hantu, jatuh dari tempat tinggi dan mimpi ba$@#.


Sedar-sedar berpeluh badan sebab takut dengan mimpi ngeri, seronok dan sedap. Cilaka apa aku tulis nih? Stop merepek!!


Lagi satu, kalau boleh jangan tidur di tempat awam sebab masa kita tidur tu mungkin kita tak sedar apa yang berlaku pada diri kira sama ada kita berdengkur hingga ada orang sekeliling kita yang rakam atau pun air liur basi meleleh.


Itu boleh dimaafkan lagi sebab perkara yang aku sebut tu perkara yang normal tapi kalau dah jadi macam gambar di bawah ni macam mana? 


Malu beb!! Mana nak letak muka nih? Haha


Korang nampak apa yang aku nampak?? -..-

nota terbang : janganlah tidur di tempat awam....



Saturday, 20 August 2011

Kelebihan Air Liur


Salam,

Air liur atau pun orang utara panggil "ayaq liuq" mempunyai banyak kelebihan..

Apa kelebihan air liur kita semua ni? Jika di luar negara selepas bangun pagi mereka tidak terus menuju ke bilik air, mengadap cermin, menggosok gigi dan makan. Mereka di sana bangun pagi terus menuju ke meja makan untuk sarapan pagi.

Berbanding kita di Malaysia yang masih belum mengetahui kebaikan rembesan air liur ketika kita bangun tidur. Rembesan air liur yang terdapat di dalam mulut kita ketika bangun tidur itu mempunyai zat-zat penyembuhan luka.

Oleh itu, kita digalakkan terus ke meja sarapan atau sekurang-kurangnya minum segelas air putih sebelum menggosok gigi.

Walaupun rasa geli tapi sedar la diri, air liur tu kita yang punya bukan orang lain yang punya..Hehe

Sekian..

Friday, 19 August 2011

Harga Semasa Cicak Tokek?


Salam,



Zaman dulu-dulu cicak tokek ni aku lastik je sebab orang kata malam jumaat sunat lastik cicak. Tapi zaman sekarang nih cicak tokek tu orang berebut-rebut nak jual sebab boleh kaya sekelip mata.

Baru-baru ini Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa haram memakan cicak tokek dan menjadikan cicak tokek sebagai ubat.

Harga semasa cicak tokek berapa 200 gram?

HARGA BELI: KOREAN MASTER DEALER MEMBELI TOKEK SAIZ BESAR:
/>BERAT 200 Gram KE ATAS = RM3,000
/>BERAT 250 Gram KE ATAS = RM5,000
/>BERAT 280 Gram KE ATAS = RM8,000
/>BERAT 300 Gram KE ATAS = RM150,000
/>BERAT 500 Gram KE ATAS = RM500,000 - RM4 JUTA
/>BERAT 1 KG KE ATAS = RM5 JUTA - RM10 JUTA

HARGA TERKINI GERMANY BROKER:
220GM-249GM = RM5000
250GM-279GM = RM10,000
280GM-299GM = RM20,000
300GM-499GM = RM300,000.00
500GM-999GM = RM900,000.00
1 KG KE ATAS = RM5 JUTA - RM20 JUTA
TOKEK BATU 500GM - 2KG = RM30,000 - RM60,000      



Boleh beli sebijik Lancer kalau macam nih tapi benda dah haram tak kan kita nak buat jugak kot kan?



Status Facebook Aku Meletup Ke?

Salam,


Khutbah hari ni apa tajuknya wahai lelaki sekalian? Share la dengan kaum hawa. :) Aku dengar tajuk "Nikmat Berpuasa".


Buka Facebook tadi tak sangka Safee Sali dan Lisa surihani hantar komen. Macam tak percaya pun ada sapa la aku nih dorang nak hantar komen kan?



Poyo je kan...Kalau korang pun prank member korang, korang boleh buat macam aku buat ni kat StatusQuotes

Berita : Jenayah Asid Semakin Berleluasa


Salam,








KUALA LUMPUR: Selepas membuat kecoh di rumah bekas kekasih, seorang wanita bertindak ganas dengan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid ke atas kereta milik isteri bekas kekasihnya dalam kejadian di Taman Maluri, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, mangsa yang dikenali sebagai Ng meletakkan kereta Toyota Camry milik isterinya di hadapan rumahnya dalam keadaan baik dan berkunci.


Bagaimanapun, kira-kira jam 7.20 pagi, dia terkejut apabila melihat keretanya yang rosak teruk secara keseluruhan akibat disimbah asid.


“Saya percaya kejadian ini dilakukan bekas kekasih yang bengang kerana saya memutuskan hubungan kami minggu lalu. Dua hari sebelum kejadian, dia datang ke rumah dan membuat kecoh kerana tidak berpuas hati dengan saya,” katanya.


Menurutnya, angkara tindakan itu, dia bertengkar dengan isteri sebelum dikejutkan dengan kejadian simbah asid itu.


Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Pandan untuk tindakan lanjut kerana risau kejadian lebih buruk menimpa keluarganya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan. Hmetro


Kes simbah asid semakin berleluasa sekarang ni dan memang patut kerajaan mengetatkan penjualan asid ni kepada orang ramai. Akibat asid seseorang boleh menderita seumur hidup.

Cara Menghilangkan Sedu Pada Bulan Puasa



Salam,






Aku nak share dengan korang apa yang aku baru tau pagi ni mungkin ada antara kita yang dah tau petua ni.. 


Cara nak hilangkan sedu di bulan puasa. Selalu kalau kita sedu pada hari biasa kita boleh minum air untuk hilangkan sedu. Betul tak?


Tapi bagaimana pula kalau bulan puasa? Nak minum air jugak ke?


1. Koyakkan kertas yang tidak digunakan dalam bentuk yang kecil (sebesar kuku jari ibu pun dah memadai)


2. Lekatkan kertas tu di tengah-tengah dahi korang (aku lekat guna air liur je) 


3. Masa tengah lekatkan kertas tu pastikan korang baca Al-Fatihah sekali dan berselawat 3 kali.


4. Biarkan kertas itu melekat di dahi korang. 


Insyallah ianya berkesan, kita cuma ikhtiar Allah yang sembuhkan.


nota busuk : sedu aku baru je hilang nih..



Jenis-Jenis Senyum



Assalamualaikum,


Senyum membawa seribu makna kepada seseorang tetapi kita tahu tak jenis senyuman yang kita lemparkan itu jenis yang bagaimana?


Terdapat banyak jenis senyum.






1. Senyum simpul



Senyum simpul ni selalu terjadi time kita dipuji oleh seseorang kadang-kadang sampai berbelit-belit kita senyum tapi masih cover gigi yang kuning tu. :)


2. Senyum kelat




Senyum ni selalu terjadi time hujung bulan time duit tengah tak ada tu. Masa tu la kita semua akan senyum kelat apabila kawan ajak kita keluar makan. "Kau pergi je la, aku dah kenyang" sambil tersenyum. Ha, ini la senyum kelat.


3. Senyum malu




Senyum ni bila perempuan jumpa lagi mula la nak mengedik. Senyum pun cover cun habis sampai penuh meter. Sambil senyum sambil tutup mata pulak tu, malu kat sapa pun tak tau la..Haha


4. Senyum bahagia


Kalau terlebih senyum ni boleh hantar hospital bahagia. Senyum macam ni sekali sekala boleh la, kalau tiap saat macam ni orang kata kita gila. 


5. Senyum kambing




Maksud aku bukan kambing tu senyum tapi kita ni ha yang tersenyum macam kambing. Haha. Senyum kambing ni hanya berlaku time nak Raya Korban je maklum ler semua nak makan kambing korban. Kalau makan lembu jadi la senyum lembu. Reti?


*Gambar semua dirembat daripada pakcik Google




Anda kategori mana? :)

Thursday, 18 August 2011

Hati-Hati Di JalanRaya

Assalamualaikum,


Berbuka makan apa kawan-kawan? Aku makan ayam percik (kepak) haha..Bahagian tu je yang aku minat sebab kalau makan kepak kita boleh terbang. Ceitt!!


Malam ni aku nak nasihat korang semua supaya jangan naik motor jika jalan raya tersebut dipenuhi air. Jalan raya yang selalu dinaiki air adalah ketika musim banjir.


Sebab apa aku larang?


Kita bukan tau apa yang ada atas jalan tu...mana la tau ada ular, biawak, buaya (tak mungkin kot) atau lubang.


Buatnya time korang tengah bawak motor skuter korang tu, jalan raya penuh air tapi korang buat tak tau je kan alamatnya jadi la macam kawan kita di bawah ni.


---------------------------------------------------
------------------------------------------
-----------------------------
---------------
--------
--


kan dah melambung....



Wednesday, 17 August 2011

Maksud Disebalik Ciuman



Assalamualaikum,


Suka cium dahi isteri -suami yang romantis

Suka cium pipi isteri -suami yang penyayang

Suka cium mulut isteri - suami yang gelojoh

Suka cium tengkuk isteri - suami yang mata keranjang

Suka cium telinga isteri - suami yang sensitif

Suka cium leher isteri - suami yang penyabar

Suka cium dada isteri - suami yang suka bermanja

Suka cium tangan isteri - suami yang hipokrit

Suka cium kaki isteri - suami yang menghormati isteri

Suka cium ketiak isteri - suami yang menerima isterinya seadanya..





ini namanya ciuman maut...




Geli : Makan Tikus Hidup-Hidup



Assalamualaikum,


Pernah tengok manusia makan tikus hidup-hidup tak? Kalau tak pernah jom kita tengok video di bawah ni. Lelaki Russia makan tikus yang dia tangkap hidup-hidup. Korang yang rasa nak makan tikus hidup-hidup boleh la belajar dengan dia ni. Hehe




Agama : Hukum Bersolat Dalam Gelap?





Assalamualaikum,




Perkara ini selalu menjadi keliru kepada orang ramai di luar sana yang tak tahu apakah hukum solat di dalam gelap? 


Seperti yang kita tahu solat boleh didirikan di mana-mana sahaja anda berada walaupun di dalam gereja sekalipun. Perkara yang penting dalam solat adalah niat dan khusyuk dalam solat.


Jika kita telah mencapai niat dan khusyuk, tidak kira lah dalam gelap atau dalam cerah sekalipun anda bersolat Insyallah solat anda akan diberkati.


Mungkin kita pernah mendengar orang berkata solat di dalam gelap itu bermakna kita bersolat dengan syaitan. Sebenarnya solat dalam gelap akan memberi bahaya kepada kita sendiri kerana keadaan yang gelap menyebabkan kita tak nampak apa yang ada di atas sejadah ketika sujud. 


Mungkin tahi cicak yang jatuh, paku yang jatuh atau ular. Justeru itu, kita di galakkan bersolat di tempat yang cerah. Bagi menggelakkan kita berasa was-was untuk bersujud dan secara tak langsung menyebabkan kita hilang khusyuk kepada solat.


Wallahualam,



Tuesday, 16 August 2011

Agama : Hukum Penzina Menjadi Imam?



Assalamualaikum.






Agak-agak korang semua apa hukumnya bagi penzina menjadi imam solat? Adakah sah solat makmum di belakang? 


Jawapannya : Melakukan zina itu berdosa besar namun tidak terkeluar daripada agama Islam. Justeru itu, orang yang melakukan zina itu sah solatnya dan makmum di belakang juga sah solat mereka. 


Jika sudah terlanjur boleh bertaubat sebelum ajal menjemput.

Sunday, 14 August 2011

10 Tabiat Memandu Yang Bahaya



Assalamualaikum,


Ketika memandu kenderaan pasti ada yang akan melanggar peraturan jalan raya. Kemalangan di Malaysia juga berpunca daripada kecuaian kita kerana tidak mengikut peraturan jalan raya. 








10. Gangguan Perkara Remeh
Gangguan terhadap perkara remeh kepada pemandu seperti mencari dompet dalam dashboard kereta, mengenakan gincu di bibir atau makan. Perkara remeh itu boleh membuat pemandu hilang fokus kepada pemanduan. 





9. Menggunakan Telefon Bimbit
Ini merupakan tabiat paling ramai pemandu lakukan ketika memandu. Baik lelaki atau wanita mesti akan lakukan perkara ini. Tahukah anda, telefon bimbit boleh menghayalkan anda ketika memandu? Menghayalkan bermaksud membuat kita leka halangan di hadapan kenderaan kita. 




8. Tak Mengendahkan Tanda Berhenti
Tanda berhenti ni selalu kita jumpa di simpang jalan sama ada jalan besar atau di kawasan perumahan. Tanda berhenti ini dipasang bagi memberi laluan kepada jalan utama. Sekiranya kita tidak mengendahkan arahan ini kemalangan teruk boleh berlaku.






7. Gagal Memberi "Signal" atau Lambat Memberi "Signal" Ketika Membelok
Aku mempunyai masalah memahami kenapa pemandu tak suka memberi isyarat belok. Ini merupakan tabiat yang sering menyebabkan kemalangan motorsikal. Kemalangan berlaku apabila kereta yang ingin membelok tidak memberi isyarat terlebih dahulu dan menyebabkan penunggan motosikal melanggar sisi kereta. Perkara ini selalu terjadi kepada penunggang motor.




6. Mengejar Lampu Isyarat
Ini juga merupakan hobi pemandu di Malaysia yang sering aku lihat. Mengapa perlu mengejar lampu isyarat hijau? Sedangkan lampu merah tu sekejap je pun. Bila lampu kuning bukan makin perlahan kereta tapi makin laju pulak. 


5. Kelajuan
Kelajuan membawa padah. Ini yang sering berlaku di Malaysia di mana kemalangan kebanyakkan berpunca daripada pemanduan yang laju dan berbahaya. Nak dekat raya dah ni, jangan memandu laju tau. :)


4. Memasuki Lorong Kecemasan
Ha, yang ni paling aku marah. Berpeluh ketiak orang lain beratur senang-senang je kau potong line yer. Walaupun tak merbahaya kepada diri kau wahai pemandu tapi boleh meragut nyawa orang lain tau tak?
Buatnya ada ambulans nak lalu, kan dah jem jalan. Silap hari bulan terberanak makcik dalam ambulans tu.


3. Menaip Mesej Sambil Memandu
Tabiat ni orang yang ada kekasih je yang buat. Betul tak? Kalau dah berkahwin or yang single tak ada masa nak buat kerja gila ni. :) Menaip ketika memandu boleh menyebabkan kita hilang fokus sebab mata dok tengoh bawah. Bahaya..Bahaya..


2. Memandu Laju Dalam Keadaan Cuaca Buruk
Dalam keadaan hujan contohnya tayar kereta kita tidak mencengkap jalan raya kalau kita memandu laju. Itu yang akan menyebabkan kita hilang kawalan ketika memandu. Perlahan pun boleh sampai rumah.


1.Memandu Dalam Keadaan Mabuk 
Kemalangan maut banyak berpunca daripada pemandu yang mabuk akibat pengambilan alkohol. Kalau dah mabuk mana ingat apa lagi dah. Inilah tabiat yang bahaya pemandu di Malaysia.






Menarik : Lukisan Dipadankan Dengan Keadaan Sebenar


Assalamualaikum,


Post entry dalam keadaan sedih kekalahan Dato Lee Chong Wei  :`). Walaupun kalah kita harus berpuas hati kerana Dato LCW memberi tentangan sengit. Tutup cerita mengenai badminton.


Masa tengah merayau di alam maya ni, aku terjumpa gambar yang agak menarik apabila lukisan di atas kertas di padankan dengan keadaan sebenar. 


Sungguh menarik. 





Cara Penyediaan Nasi Segera



Assalamualaikum,


Baru-baru ni dalam berita TV3 ada memaparkan mengenai nasi segera. Cara nak sediakan nasi segera tu lebih kurang macam cara kita sediakan maggi segera 2 minit.


Langkah-langkah penyediaannya yang aku perasan.


1. Masak nasi sehingga masak.
2. Jemur nasi yang telah masak sehingga kering. (keras semacam je nanti)
3. Masukkan ke dalam mangkuk dan bungkus.


Cara nak makan nasi segera tu.


1. Buka penutup bungkusan magkuk tu.
2. Masukkan air panas selamat 2 minit.
3. Buang air panas tersebut dan nasi akan menjadi seperti baru lepas masak.
4. Masukkan perisa yang disediakan seperti sambal ikan bilis.
5. Makan.


Aku rasa idea dorang tu memang tepat pada masanya sebab pelajar-pelajar yang merantau jauh dari keluarga mana lalu dah nak makan meggi hari-hari. Kalau ada nasi segera ni di pasaran mesti laku punya (berani kerat kuku)


Aku nak tolong promosi sikit ni ha...artikel yang dipetik daripada Majalah.com




Saya mewakili syarikat Masdar Safi Enterprise ingin mempromosi produk keluaran syarikat kami iaitu Nasi Segera dalam 4 perisa;

1. Biasa
2. Nasi Lemak
3. Asam Pedas
4. Nasi Goreng

Hanya campur dengan air panas, dlm masa 2-10 minit nasi sudah boleh dimakan.
Sila hubungi
Hazimin - 012-3212735
Marfuaah - 019-5262158

Agen dikehendaki.



Apa lagi geng..jom tolong bumiputra...



Apa Itu Logistik?


Assalamualaikum,



Sebelum aku terangkan lebih lanjut aku nak tanya korang semua. Tahukah apa itu Logistik? Jawapan yang sering orang akan jawab ialah "ala, yang bawa lori tayar 21 tu", "hang kerja bawa lori la lepas ni noh". Cilaka apa belajar diploma kena bawak lori? 


Soalan tu aku tanya sebab aku salah seorang pelajar Diploma Logistics and Supply Chain. Soalan yang paling popular dan paling malas di dengar apabila menjadi pelajar kos ini adalah "logistik tu pe bende?". Penumbuk mau? :)


Logistik secara ringkas adalah penyimpanan barang, persedian barangan, penghantaran barangan dan pergerakan barang. Nak lagi jelas aku sertakan gambar untuk pembaca semua.


Inilah dinamakan logistik, nampak tak lori tu? Lori tu sebahagian daripada logistik dalam bahagian penghantaran barang. Pelajar Logistik bukan sahaja belajar mengenai penghantaran barang tapi bermula dari permulaaan proses. 


Siapa yang betul-betul dalam bidang ni akan faham apa itu logistik, percaya tak kalau aku cakap bahawa sesuatu organisasi itu akan musnah tanpa Logistik? Perkara itu memang benar sebab sesebuah organisasi sangat memerlukan unit Logistik untuk menggerakkan proses perjalanan barang. Kalau tak ada unit Logistik unit mana lagi nak buat kerja tu? Fikirkan.


Selain itu, unit Logistik juga amat rapat dengan unit Kewangan di sesuatu organisasi. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab bila unit Logistik ingin membeli bekalan barang untuk organisasi kita perlu merujuk kepada unit Kewangan terlebih dahulu bagi mendapatkan kewangan untuk memesan bekalan baru.


Setakat ini aku hanya bercerita mengenai perkara ringkas seperti makna logistik, penghantaran barang jalan darat (jalan udara dan air belum lagi) serta hubungkait unit logistik dengan unit kewangan.


Selamat membaca..


Update : 
Jika ada bro-bro dan sis-sis yang ada maklumat tambahan atau mahu perbetulkan fakta saya. Sila berbuat sedemikian di bahagian komen. Terima kasih.

Saturday, 13 August 2011

Kelebihan tangan kidal


Assalamualaikum,



Kidal bermaksud menjalankan aktiviti harian menggunakan tangan kiri. Pelik ke semua tu? Normal ke? Sebenarnya orang yang kidal ni merupakan orang yang perlu berusaha lebih daripada mereka yang menggunakan tangan kanan.

Aku salah seorang yang bertangan kidal kehidupan macam biasa, tak ada masalah langsung. Cuma berbeza tangan ketika melakukan kerja. Semua aktiviti dilakukan menggunakan tangan kiri melainkan makan. :) Kalau makan pun tangan kiri tu melampau namanya.

Selalu aku dengar orang kata tangan kidal pandai melukis dan bijak mengira. Betul ke? Kalau ikut diri aku yang sebenar, bab mengira aku setuju tapi bab melukis tu aku memang tak setuju. Sebab aku ni tak pandai melukis. Haha

Orang yang bertangan kidal yang terkenal antaranya Jimi Hendrix, Barrack Obama, Bill Gates. Kalau di Malaysia kita ada Man Kidal.

Dengan tangan kidal ini kita boleh mengoncang dunia. Haha

Selamat Berkidal Semua.  -..-

Gerbang malam Ipoh destinasi wajib

Assalamualaikum,


Pernah datang ke Gerbang Malam Ipoh? Tak sah kalau datang Ipoh tapi tak singgah Gerbang Malam. Kat Gerbang Malam tu korang boleh singgah beli macam-macam jenis barang antaranya jersi bola, baju, jam dan paling special ada orang urut kaki. :)


Kalau di Cheras ada Down Town, di Ipoh Gerbang Malam la jawabnya. Waktu paling best berjalan kat Gerbang Malam ni time nak dekat raya. Waktu tu lah orang paling ramai akan datang ke Gerbang Malam mencari baju raya, songkok dan macam-macam lagi.


Jemputlah datang ke Ipoh.




Kenapa bazar Ramadhan hanya pada bulan Ramadhan?



Assalamualaikum,






Bazar Ramadhan adalah tempat orang mencari rezeki lebih kerana bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh berkat. Ada yang menyoal kemana mereka peniaga-peniaga ini pada bulan-bulan lain? Kenapa tidak dipanjangkan bazar Ramahdan ke bulan-bulan lain?


Dah nama pun Bazar Ramadhan mestilah bulan Ramadhan sahaja. Itu jawapan paling simple aku boleh jawab. Jawapan lain yang boleh aku berikan, sesuatu perkara itu perlu ada keistimewaan barulah kita dapat merasai kemanisannya. 


Cuba bayangkan bazar yang menjual makanan setiap hari pada waktu itu kita tidak lapar dan tidak dahaga. Agak-agak korang la, boleh sesak ke bazar tersebut? Penuhnya bazar Ramadhan juga adalah kerana nafsu makan yang membuak-buak di kalangan kita yang tak sabar-sabar nak berbuka.


Kita boleh tengok contoh pasar malam. Adakah pasar malam juga setiap hari? Tidak. Jika berlaku setiap hari pasti peniaga akan rugi memanjang dan tak kenal apa itu untung. Sebab itu lah pasar malam hanya semingu sekali jika ada dua minggu sekali pun tempat yang berlainan dari tapak asal pasar malam.


Faham tak? Ini contoh paling senang, bolasepak Piala Dunia empat tahun sekali. Kenapa tak buat setiap tahun? Jawapannya tetap sama.


Kenapa dalam Islam mempunyai pahala malam jumaat? (Soalan ini dijawap dalam post akan datang) Jawapannya tetap sama kemanisan dan kenikmatan.

Beza bercinta waktu muda dan dewasa

Assalamualaikum,






Orang tua-tua selalu berpesan "kecik-kecik tak payah bercinta" tapi biasa la orang muda pesyen degil tak nak dengar cakap orang tua. Aku pun baru sedar pesanan tu betul juga sebenarnya sebab kalau bercinta muda-muda rasa macam tak ada privacy.


Semua tak matang sama ada lelaki atau wanita. Hal kecik pun nak bergaduh kadang-kadang tidur tak bagi tau pasangan pun kena ceramah. Apa pesyen la pasangan bercinta semua ni, macam la dia tu suami or isteri kau. :)


Bila dah besar baru sedar yer tak..kalau dah ada duit dah ada kerja baru semua orang pandang tak kira la muka pecah rumah ke separuh siap ke. 


Jadi aku boleh buat kesimpulan macam ni, bercinta time muda/sekolah semua pandang rupa. Bercinta time dewasa/bekerja semua pandang kerjaya dan harta. Betul?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...